Category: MCP2020
-

PUSINGAN 2 KEJUARAAN CUB PRIX MALAYSIA PETRONAS BERSAMBUNG DI LITAR TANGKAK MINGGU INI
Lebih kurang sebulan selepas penganjuran perlumbaan pembuka musim 2020, pusingan kedua Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS bakal bersambung di Litar Tangkak minggu ini. Seramai 160 pelumba telah mengesahkan penyertaan mereka dalam tujuh kategori perlumbaan. Selepas pusingan pertama, kategori perdana CP150 jatuh ke bawah pimpinan Mohd Helmi Azman dari pasukan Hi Rev SCK Honda Racing manakala…
-

CILIK MOTORSPORT AKTIF MENCUNGKIL BAKAT BARU
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa sebenarnya pasukan Cilik Motorsport begitu aktif mencungkil bakat baru untuk ditampilkan dalam kancah Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS. Berlainan dengan pasukan-pasukan gergasi yang lebih selesa menyerapkan bakat yang muncul dari kategori satu pengeluar (one-make race) ataupun kategori Pro-Am, Cilik Motorsport banyak berusaha mencari pelumba muda berpotensi dari luar bidang…
-

CKJ CATUR STRATEGI KEMBALI DOMINASI KATEGORI CP125
Keputusan yang kurang memuaskan di pusingan pembuka tirai Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS bulan lalu sedikit sebanyak akan memberikan impak positif terhadap usaha pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing untuk mempertahankan gelaran Juara keseluruhan kategori CP125. Namun begitu, pasukan yang berasal dr Terengganu itu yakin bahawa data yang dikumpul dari pusingan pertama akan digunakan sepenuhnya untuk…
-

DUA TAHUN TANPA PODIUM, BAKAT SYAFIEQ AIMAN TERSERLAH DI PUSINGAN 1
Bakat pelumba berusia 18 tahun, Mohd Syafieq Aiman Mohd Fauzi, akhirnya menyerlah setelah dua tahun berusaha meningkatkan skil perlumbaan dalam kategori CP115. Pada pusingan pembuka tirai Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS 2020 di Litar Sepang tempoh hari, Syafieq Aiman membuka mata ramai pihak dengan persembahan yang rapi dan matang. Bermula di barisan kedua, pelumba ONEXOX…
-

PASUKAN WIRA KBS BARU: CASTROL POWER1 RACING
Pusingan pembuka tirai Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS 2020 menyaksikan penyertaan pasukan baru Castrol Power1 Racing dalam kategori bawah-17 tahun, iaitu Wira KBS. Tampil dengan dua pelumba muda dan berpotensi, Harith Haziq Zamri dan Allan Harris Herman, pasukan baru ini menunjukkan impak serta-merta apabila Harith Haziq menamatkan perlumbaan pusingan pertama di tempat yang ke-3. Menurut…
