Author: webadmin webadmin
-

ADIE TAGIH MAGIS MALAM LYL
Pelumba PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR, Md Adie Putra Sukarno, melangkah ke Pusingan 6 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2026 di LYL International Karting Circuit dengan penuh keyakinan dan keazaman tinggi selepas menamatkan kemarau kemenangan sulungnya dalam kelas CP125 pada pusingan lalu. Kejayaan mendaki tangga teratas podium di Pusingan 5 bukan sahaja meleraikan penantian…
-

ADI BURU KEBANGKITAN DI LYL
Pelumba ZYNERGYS HONDA KC RACING TEAM, Adi Putra Anahar, bersedia menterjemahkan episod duka kepada suntikan semangat baru apabila turun beraksi dalam saingan kategori WIRA menjelang Pusingan 6 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2026 di LYL International Karting Circuit. Pusingan kali ini melakar lembaran sejarah tersendiri buat kejuaraan ini apabila menganjurkan perlumbaan waktu malam buat…
-

HELMI TAKLUK TERENGGANU
Drama kibaran dua bendera merah, insiden kemalangan berantai, serta keadaan cuaca hujan lebat mengiringi perlumbaan epik yang menobatkan Md Helmi Azman dari pasukan TAB SPORTS SCK HONDA RACING sebagai juara kategori CP150 sempena Pusingan 5 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2026 di Litar Permotoran Terengganu, hari ini. Sejurus perlumbaan bermula, Kasma Daniel Kasmayudin dari…
-

ADIE UKIR KEMENANGAN SULUNG
Pertarungan sengit hingga ke garisan penamat menobatkan Md Adie Putra Sukarno dari pasukan PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR sebagai juara perlumbaan akhir kategori CP125 sempena Pusingan 5 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2026 di Litar Permotoran Terengganu hari ini. Kemenangan sulung itu bertambah manis apabila rakan sepasukannya, Md Adib Arsyad Mohd Hisam merangkul tempat…
-

ADY ULANGI MAGIS DI TERENGGANU
Pusingan 5 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2026 di Litar Permotoran Terengganu menyaksikan drama pada penghujung perlumbaan membuka laluan luas buat pelumba PETRONAS SPRINTA YAMAHA 31 RACING, Nuzzul Ady Muhammad Sudin, untuk dinobatkan sebagai juara perlumbaan akhir kategori WIRA hari ini. Kemenangan ini turut menjadi kemenangan kedua berturut-turut buat Ady selepas beliau turut cemerlang…
