Category: MCP2020R02
-
RIBUT DAN PETIR MERUMITKAN PENGANJURAN PUSINGAN 2 KEJUARAAN CUB PRIX MALAYSIA PETRONAS
Hujan lebat dan petir sebelum perlumbaan akhir Pusingan 2 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS di Litar Tangkak pada 23hb Ogos mendatangkan kerumitan diluar jangkaan. Petir kilat yang berlaku berhampiran litar sebelum bermulanya perlumbaan akhir Wira KBS telah menyebabkan kerosakan sistem penjagaan masa perlumbaan (timekeeping) serta beberapa lagi sistem electonik yang lain. Oleh itu, permulaan perlumbaan Wira KBS…
-
ASYRAF JUARA PRO AM DI TANGKAK, IKA PULA DAPAT HADIAH HARIJADI
Dua mata yang diraih pada perlumbaan Pusingan 2 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS 2020 dalam kategori Pro Am di Litar Lumba Tangkak hari ini, sudah cukup untuk memberi kepuasan kepada pendatang baharu, Nur Atikah Azwar. Pemilik channel You Tube, Rider Hemet Pink itu atau lebih dikenali sebagai Ika, menamatkan perlumbaan 10 lap itu di kedudukan…
-
KEKECEWAAN AKID TERUBAT DI TANGKAK
Kali terakhir Md Akid Aziz bergelar juara pada Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS ialah di Pusingan 9 di Jempol, Negeri Sembilan musim lalu. Pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu sudah lama dahagakan kejayaan seperti itu kerana dia sering berdepan masalah jentera atau terjatuh ketika perlumbaan sedang berlangsung. Pada aksi di Sepang bulan lalu,…
-
AZROY CURI TUMPUAN DI TANGKAK
Jentera Honda memulakan langkah bergaya pada saingan Pusingan 2 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS 2020 yang membuka gelanggang di Litar Lumba Tangkak hari ini. Ia dibuktikan menerusi pencapaian pasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing apabila pelumbanya, Azroy Hakeem Anuar muncul perlumba terpantas pada sesi kelayakan bagi kelas utama iaitu CP150. Azroy yang sekadar menamatkan saingan di…
-
HELMI SASAR PERBAIKI REKOD PERIBADI DI LITAR TANGKAK
Menjelang pusingan kedua Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS 2020 minggu ini, pendahulu kejuaraan CP150, Mohd Helmi Azman, bertekad memperbaiki rekod peribadi di Litar Tangkak. Pelumba pasukan Hi Rev Honda SCK Racing tersebut mahu mengekalkan momentum kemenangan yang dimulakan di pusingan pembuka tirai di Litar Sepang bulan lalu. “Musim ini, tiga daripada lapan pusingan kejuaraan akan…