Category: MCP2022R04
-
KASMA TAWAN LITAR TERENGGANU
Kasma Daniel Kasmayudin dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor meraih kemenangan di Litar Permotoran Terengganu bagi kategori CP150, pusingan keempat Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix. Kasma yang telah memulakan perlumbaan di grid ketiga selepas mencatatkan masa 48.944s di sesi “Superpole” telah menampilkan strategi yang mantap dalam perlumbaannya di litar tersebut. Sepanjang perlumbaan, Kasma telah…
-
FAREEZ RAIH KEMENANGAN PERTAMA DI TERENGGANU
Md Fareez Afeez Abd Rahman of YYPang Yamaha Racing berjaya meraih tempat pertama bagi kategori CP125 di pusingan keempat Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix. Ini merupakan kejayaan yang pertama bagi Fareez untuk musim ini dan beliau yang menduduki tempat kelapan keseluruhan selepas perlumbaan akhir pusingan ketiga berjaya memaparkan kebolehannya untuk bersaing dengan hebat. Fareez telah…
-
DANISH KUASI LAMAN SENDIRI
Md Danish Aiman Zamrul dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing berjaya di menawan Litar Permotoran Terengganu bagi kategori Wira KBS di pusingan keempat Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix di hadapan penyokong sendiri. Pelumba asal Terengganu itu bermula di grid pertama telah memecut ke hadapan di lap pertama dan terus mengekalkan kedudukannya secara konsisten…
-
HAZIQ SEMAKIN MENINGKAT
Md Haziq Md Fairues dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor mencatatkan masa terpantas di sesi kelayakkan Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix pusingan keempat yang berlangsung di Litar Permotoran Terengganu bagi kategori CP150. Pada musim lepas, Haziq tidak menampilkan prestasi yang begitu menyerlah di pusingan kelima dan keenam yang berlangsung di litar ini. Haziq menamatkan…
-
SYAFIQ ROSLI TERPANTAS SESI KELAYAKAN
Md Syafiq Rosli dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor mencatatkan masa terpantas bagi kategori CP125 di pusingan keempat, Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix yang berlangsung di Litar Permotoran Terengganu. Pencapaian Syafiq sememangnya mantap di litar ini. Beliau telah memperolehi tempat kedua bagi pusingan kelima dan tempat keempat bagi pusingan keenam pada musim lalu. Secara…