fbpx

HAZIQ SEMAKIN MENINGKAT


Md Haziq Md Fairues dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor mencatatkan masa terpantas di sesi kelayakkan Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix pusingan keempat yang berlangsung di Litar Permotoran Terengganu bagi kategori CP150.

Pada musim lepas, Haziq tidak menampilkan prestasi yang begitu menyerlah di pusingan kelima dan keenam yang berlangsung di litar ini. Haziq menamatkan perlumbaannya di tangga ketujuh dan kelima masing-masing.

Musim ini, Haziq tampak hebat dengan cara pengendalian jenteranya di litar. Beliau bukan sahaja cekap di litar teknikal malah juga di litar yang memerlukan kemahiran pengendalian jentera dengan kelajuan yang tinggi.

Pada pusingan pertama dan kedua yang berlangsung di Litar Sepang dan Tangkak, Haziq berjaya di tangga ketiga dan kedua masing-masing. Ini telah mengukuhkan lagi kedudukannya dan setakat ini, beliau menduduki tangga keempat secara keseluruhan.

Di sesi kelayakkan ini, Haziq mencatatkan masa terpantas 48.923s.

Menurut beliau, “Apabila saya berada di kedudukan kedua, saya keluar balik untuk mendapatkan masa yang terbaik dan selepas satu lap tersebut, saya berjaya mendapatkan masa terpantas.”

“Pasukan saya sememangnya telah bekerja keras minggu ini. Walaupun hari ini adalah hari yang bagus untuk kami, keesokkannya mungkin berlainan kerana semua pelumba memang bersemangat dan berkemahiran tinggi. Namun begitu, kita akan buat yang terbaik.”

Tempat kedua dan ketiga terpantas di ambil oleh duo sepasukan iaitu Md Aiman Tahiruddin dan Ahmad Afif Amran dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing dengan catatan masa 49.174s dan 49.236s.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

, , ,