Md Fareez Afeez Abd Rahman of YYPang Yamaha Racing berjaya meraih tempat pertama bagi kategori CP125 di pusingan keempat Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix.
Ini merupakan kejayaan yang pertama bagi Fareez untuk musim ini dan beliau yang menduduki tempat kelapan keseluruhan selepas perlumbaan akhir pusingan ketiga berjaya memaparkan kebolehannya untuk bersaing dengan hebat.
Fareez telah mencatatkan 51.608s pada sesi kelayakkan. Kepantasan and kemahirannya di litar teknikal terbukti apabila beliau berjaya menempatkan dirinya di grid pertama ketika “shoot-out”.
Fareez juga telah menampilkan strategi yang hebat apabila beliau berjaya mempertahankan kedudukannya di tempat pertama sepanjang perlumbaan walaupun di cabar oleh pelumba-pelumba lain yang tidak kurang hebat. Beliau menamatkan perlumbaannya dengan catatan masa 13’03.786s.
Menurut Fareez, “Strategi saya hanyalah untuk kekal konsisten sepanjang perlumbaan. Saya berikan perhatian sepenuh dan sentiasa memerhatikan masa agar saya dapat mempertahankan kedudukan saya.”
“Saya berterima kasih kepada pasukan saya yang telah bertungkus-lumus untuk kejayaan ini.”
Tempat kedua disambar oleh Md Haziq Md Hamdan dari pasukan Honda KC Racing dengan catatan masa 13’04.709s. Walaupun Haziq mencatatkan masa terpantas pada sesi kelayakkan, beliau tidak dapat mampu mempertahankan pencapaiannya pada perlumbaan akhir.
Tempat ketiga adalah milik Md Syafiq Rosli dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor dengan catatan masa 13’04.820s.
Aksi Perlumbaan Akhir CP125
Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com
Ikuti kami di Facebook