fbpx

SYAFIQ ROSLI TERPANTAS SESI KELAYAKAN


Md Syafiq Rosli dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor mencatatkan masa terpantas bagi kategori CP125 di pusingan keempat, Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix yang berlangsung di Litar Permotoran Terengganu.

Pencapaian Syafiq sememangnya mantap di litar ini. Beliau telah memperolehi tempat kedua bagi pusingan kelima dan tempat keempat bagi pusingan keenam pada musim lalu.

Secara keseluruhan, beliau berada di tangga keempat bagi musim ini. Dengan prestasinya yang semakin baik, beliau mempunyai peluang yang bagus untuk memperkukuhkan lagi kedudukannya di tangga kejuaraan.

Pada sesi kelayakkan, beliau telah mencatatkan masa terpantas 51.483s.

Menurut Syafiq, “Saya berterima kasih kepada pasukan saya yang telah menemui “setup” jentera yang berkesan untuk sesi ini. Saya berharap dapat mengekalkan ketekalan ini untuk perlumbaan esok.”

“Semua sesi dan perlumbaan adalah berbeza dan bagi saya peka terhadap perbezaan ini. Ini adalah penting untuk memberikan yang terbaik.”

Tempat kedua terpantas diraih oleh Md Fareez Afeez Abd Rahman dari pasukan YYPang Yamaha Racing dengan catatan masa 51.608s.

Md Harith Farhan Baharin dari pasukan Tobaki Pink Racing mengambil tempat ketiga terpantas dengan catatan masa 51.616s.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

, , ,