Md Danish Aiman Zamrul dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing berjaya di menawan Litar Permotoran Terengganu bagi kategori Wira KBS di pusingan keempat Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix di hadapan penyokong sendiri.
Pelumba asal Terengganu itu bermula di grid pertama telah memecut ke hadapan di lap pertama dan terus mengekalkan kedudukannya secara konsisten sepanjang perlumbaan. Beliau telah menampilkan strategi yang menakjubkan apabila beliau berjaya mempertahankan kedudukannya bagi kesemua dua belas lap.
Danish juga kelihatan mantap dengan kelajuan jenteranya dan pada lap yang terakhir, Danish telah jauh meninggalkan rakan sepasukannya yang turut mengejar masa terpantas.
Danish mencatatkan masa terpantas di sesi kelayakkan semalam apabila mencatatkan 52.716s dan bagi perlumbaan akhir ini, beliau mencatatkan 10’42.974s.
Menurut Danish, “Saya bersyukur dapat mempertahankan kedudukan saya dari lap pertama sehingga yang terakhir. Saya tidak mempunyai strategi yang khusus bagi pusingan ini, namun saya cekal untuk terus konsisten sepanjang perlumbaan.”
“Saya hanya “play-safe” sepanjang perlumbaan dan ini telah membuahkan hasil.”
Tempat kedua dan ketiga di sambar oleh rakan sepasukan Danish iaitu Md Adam Haikal Jahar dan Md Syamil Amysar Md Iffende. Adam mencatatkan masa 10’45.880s manakala Syamil yang telah mencipta “Hat-trick” pada pusingan lepas mencatatkan masa 10’51.798.
Aksi Perlumbaan Akhir Wira KBS
Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com
Ikuti kami di Facebook