fbpx

Category: MCP2022R02

  • AFIF CIPTA HATRIK DI TANGKAK

    AFIF CIPTA HATRIK DI TANGKAK

    Ahmad Afif Amran melakar kemenangan ketiga berturut-turut di Litar Lumba Tangkak selepas kemenangan berganda musim lalu apabila memenangi perlumbaan Pusingan 2 Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix, 2022. Kemenangan tersebut menambah koleksi kemenangan peribadi beliau di litar tersebut dalam saingan CP150 menjadikan beliau pelumba paling banyak mendominasi litar tersebut sebanyak 4 kali. Bermula di petak kedua,…

  • HAFIZA PERKUKUH KEDUDUKAN

    HAFIZA PERKUKUH KEDUDUKAN

    Hafiza Rofa memperkukuhkan kedudukan apabila sekali lagi mencatat kemenangan dalam saingan CP125 Pusingan 2 Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix. Hafiza yang memulakan perlumbaan di petak pertama menampilkan strategi yang mantap sepanjang perlumbaan dan berjaya menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 11’43:329s. Menurut Hafiza, “Saya mengikut rentak kelompok pelumba pada permulaannya walaupun ramai yang merebut peluang untuk…

  • 31 RACING ULANGI DOMINASI

    31 RACING ULANGI DOMINASI

    Trio harapan K. Sivanesan sekali lagi menghadiahkan kemenangan kepada pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing apabila mereka sekali lagi menyapu bersih dan meneruskan dominasi podium Wira KBS bagi pusingan kedua, Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix, 2022. Md Syamil Amysar Md Iffende yang telah bermula di petak pertama menampilkan persembahan yang mantap apabila beliau memecut…

  • HAZIQ KUASAI SESI KELAYAKAN

    HAZIQ KUASAI SESI KELAYAKAN

    Pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor, Md Haziq Md Firues menguasai sesi kelayakan pusingan kedua Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix 2022 bagi kategori CP150 apabila beliau mencatatkan masa terpantas. Haziq berjaya mencipta kelebihan awal apabila beliau mencatatkan masa terpantas 43:463s. Walaupun cuaca di litar mencecah suhu tinggi dan sekaligus memberikan cabaran kepada pelumba, beliau…

  • ONEXOX TKKR RACING LAUNG AMARAN AWAL

    ONEXOX TKKR RACING LAUNG AMARAN AWAL

    ONEXOX TKKR Racing melaungkan amaran awal apabila pelumba-pelumba mereka, Md Hafiza Rofa dan Md Shafiq Rasol mencatatkan masa terpantas dan kedua terpantas pada sesi kelayakkan di pusingan kedua, Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix. Md Hafiza Rofa yang telah mencatatkan masa terpantas 45:670s kini mendahului kedudukan keseluruhan apabila beliau memenangi perlumbaan pembuka tirai yang lalu. Menurut…