fbpx

HAFIZA PERKUKUH KEDUDUKAN

Hafiza Rofa memperkukuhkan kedudukan apabila mencatat kemenangan dalam saingan CP125 Pusingan 2 Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix

Hafiza Rofa memperkukuhkan kedudukan apabila sekali lagi mencatat kemenangan dalam saingan CP125 Pusingan 2 Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix.

Hafiza yang memulakan perlumbaan di petak pertama menampilkan strategi yang mantap sepanjang perlumbaan dan berjaya menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 11’43:329s.

Menurut Hafiza, “Saya mengikut rentak kelompok pelumba pada permulaannya walaupun ramai yang merebut peluang untuk memintas.”

“Saya membuka langkah bila saya mendapat peluang dan mengekalkan kelajuan saya sehingga ke akhir perlumbaan.”

Md Aliff Danial Md Asri dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor di tempat kedua dengan catatan masa 11’44:012s.

Md Harith Farhan Baharin dari pasukan Tobaki Pink Racing Team mengambil tempat ketiga di podium dengan catatan masa 11’45:596s.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

, , ,