Pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor, Md Haziq Md Firues menguasai sesi kelayakan pusingan kedua Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix 2022 bagi kategori CP150 apabila beliau mencatatkan masa terpantas.
Haziq berjaya mencipta kelebihan awal apabila beliau mencatatkan masa terpantas 43:463s. Walaupun cuaca di litar mencecah suhu tinggi dan sekaligus memberikan cabaran kepada pelumba, beliau tetap menampilkan prestasi yang lebih baik berbanding dengan sesi kelayakkan pada pusingan pertama.
Menurut beliau, “Hari ini adalah hari yang baik bagi saya dan pasukan saya. Kami telah menangani masalah yang dihadapi pada pusingan lepas dan berjaya mencatat masa terpantas.”
“Bagi pusingan ini, litar Tangkak agak teknikal, namun begitu, saya akan mengunakan strategi seperti yang telah dirancang dan berharap dapat menaiki podium esok.”
Tempat kedua terpantas di sambar oleh Ahmad Afif Amran dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing yang telah mencatatkan masa 43:522s diikuti oleh Kasma Daniel Kasmayuddin dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor dengan catatan masa 43:567s.
Tempat keempat dan kelima terpantas diduduki oleh Md Muzzakir Mohamed dari pasukan ONEXOX TKKR Racing dengan catatan masa 43:754s dan Azroy Hakeem Anuar dari pasukan Honda Yuzy Idemitsu dengan catatan masa 43:778s.
Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com
Ikuti kami di Facebook