fbpx
ONEXOX TKKR Racing melaungkan amaran awal apabila Hafiza Rofa dan Shafiq Rasol mencatatkan masa terpantas sesi kelayakkan

ONEXOX TKKR RACING LAUNG AMARAN AWAL

ONEXOX TKKR Racing melaungkan amaran awal apabila pelumba-pelumba mereka, Md Hafiza Rofa dan Md Shafiq Rasol mencatatkan masa terpantas dan kedua terpantas pada sesi kelayakkan di pusingan kedua, Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix.

Md Hafiza Rofa yang telah mencatatkan masa terpantas 45:670s kini mendahului kedudukan keseluruhan apabila beliau memenangi perlumbaan pembuka tirai yang lalu.

Menurut Hafiza, “Bagi sesi kelayakkan ini, setup jentera memang bersesuaian dengan keadaan litar yang memerlukan kemahiran teknikal dan saya mampu mencatat masa terpantas.”

“Bagi perlumbaan esok, saya berharap untuk mengambil posisi di kelompok hadapan. Dengan bantuan rakan sepasukan saya, saya yakin bahawa pasukan kami akan mendapat kedudukan di podium.”

Seorang lagi pelumba ONEXOX TKKR Racing, Md Shafiq Rasol mengikuti rapat dengan catatan masa 45:702s dan beliau juga telah malakar nama di podium pada pusingan pertama di tempat kedua.

Di tempat ketiga terpantas adalah Md Harith Farhan Baharin dari pasukan Tobaki Pink Racing dengan catatan masa 45:986s.

Tempat keempat dicatatkan oleh Md Irfan Haykhal Amidi dari pasukan Honda KC Racing dengan catatan masa 46:072s manakala tempat kelima dicatatkan oleh Md Idlan Haqimi Amidi dari Honda Yuzy Idemitsu dengan masa 46:099s.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook