fbpx

31 RACING ULANGI DOMINASI

Trio harapan 31 Racing sekali lagi melakukan dominasi kategori Wira KBS bagi Pusingan 2 Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix

Trio harapan K. Sivanesan sekali lagi menghadiahkan kemenangan kepada pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing apabila mereka sekali lagi menyapu bersih dan meneruskan dominasi podium Wira KBS bagi pusingan kedua, Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix, 2022.

Md Syamil Amysar Md Iffende yang telah bermula di petak pertama menampilkan persembahan yang mantap apabila beliau memecut ke hadapan untuk mendahului kelompok pelumba.

Sepanjang perlumbaan, beliau telah mempamerkan pengendalian jentera yang konsisten. Walaupun beliau dipintas oleh rakan sepasukannya, namun beliau kembali merampas kedudukannya di tempat pertama sekaligus menamatkan perlumbaannya dengan catatan masa 8’43:929s.


Menurut Syamil, “Saya telah membuat persediaan awal untuk pusingan di Tangkak ini dan dengan keadaan jentera yang bagus, saya bersyukur dapat menamatkan perlumbaan ini dengan masa terpantas.”

“Saya amat berterima kasih kepada kru dan rakan-rakan pelumba saya yang telah berganding bahu untuk menjayakan pusingan ini.”

Md Danish Aiman Zamrul menyusul di tempat kedua dengan catatan masa 8’44:224s manakala Md Adam Haikal Jahar mengambil tempat ketiga dengan catatan masa 8’44:442s melengkapkan dominasi mereka.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

, , ,