Category: CP150
-

SCK RACING TERUJA SUPERKIP SERTAI CP150
Pelumba GP Malaysia, Khairul Idham Pawi bakal kembali ke litar Cub Prix, musim ini. Menjelang pusingan pembuka tirai Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix musim 2022, nama SuperKIP telah disenaraikan dalam kategori CP150 bersama pasukan SCK Honda Racing. Pasukan SCK Honda Racing yang telah menandatangani kontrak bersama Khairul amat mengalu-alukan penyertaannya di kejuaraan Cub Prix. Kemahiran…
-

AFIF INGIN KEKAL KOMPETITIF
Walaupun kini bergelar sebagai seorang ayah, pelumba pasukan pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing tetap bermotivasi malah Ahmad Afif Amran menganggap ia satu cabaran baru baginya untuk mengimbangi antara komitmen keluarga dan kerjaya untuk kekal kompetitif dalam kejuaraan. “Cabaran saya pada musim ini adalah untuk mengimbangi masa dan tenaga untuk menguruskan komitmen antara keluarga dan kerjaya.…
-

JENTERA BAHARU BUAT AZROY
Juara bertahan CP150, Azroy Hakeem Anuar akan kembali ke litar Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix 2022 dengan jentera baharu. Azroy serta pasukan Honda Yuzy Idemitsu akan mempertandingkan jentera baharu, Honda RSX-150 yang baru dilancarkan pada hujung tahun 2021. Ini merupakan kali pertama motorsikal baharu ini akan beraksi di litar perlumbaan. “Matlamat saya untuk tahun ini…
-

CP150 DIJANGKA SENGIT
Saingan CP150 musim ini dijangka sengit berdasarkan senarai pelumba yang telah diumumkan semua pasukan bertanding. Perpindahan dan kemasukan kembali beberapa pelumba kategori ini menarik perhatian peminat Cub Prix. Paling mencuri perhatian adalah kembalinya Khairul Idham Pawi atau SuperKIP ke kancah Cub Prix pada musim ini. Bekas juara kategori Wira 2014 itu buat julung kalinya akan…
-

AZROY JUARA CP150 MUSIM 2021
Setelah mengharungi pelbagai cabaran dan rintangan dalam 10 pusingan Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix, pelumba Honda Yuzy Idemitsu Team, Azroy Hakeem Anuar akhirnya berjaya bergelar Juara CP150. Pusingan penutup tirai Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix 2021 bermula dengan lancar di Litar Sepang Selatan. Selepas dua hari mereda hujan dan banjir akibat ribut kuat yang melanda, para pelumba Cub Prix…
