fbpx

AZROY HARAP KEPUTUSAN LEBIH BAIK

Juara bertahan CP150 Azroy Hakeem Anuar harap keputusan lebih baik apabila bertandang ke Litar Lumba Tangkak pada hujung minggu ini

Juara bertahan CP150, Azroy Hakeem Anuar enggan meletakkan harapan tinggi apabila bertandang ke Litar Lumba Tangkak pada hujung minggu ini bagi saingan Pusingan 2 Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix.

Beliau berpendapat litar tersebut tidak memberi kelebihan kepada jentera beliau dan beliau perlu berkerja keras bagi menyaingi pelumba lain. Berdasarkan rekod hanya Azroy satu-satunya pelumba yang menggunakan jentera Honda berjaya menjejakkan kaki ke podium CP150 di Litar Lumba Tangkak sejak litar itu digunakan sejak 2017.

“Saya fokus pada latihan fizikal dan berharap keputusan pada perlumbaan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya”, jelas Azroy.

Pelumba Honda Yuzy Idemitsu Team ini amat berharap untuk cuba mengutip sebanyak mungkin mata di Tangkak nanti setelah berputih mata pada perlumbaan pembukaan apabila terjatuh ketika perlumbaan berbaki tiga pusingan. Akibat dari insiden itu beliau gagal untuk meneruskan perlumbaan sekaligus gagal mengutip sebarang mata.

Ternyata tugas getir menanti Azroy di Tangkak pada 14 dan 15 Mei nanti namun pasti beliau akan menggunakan segala pengalaman yang ada untuk melakukan kejutan.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

, , , ,