fbpx

YY PANG KEKAL MENCABAR

Sebagai salah sebuah pasukan paling ‘senior’ YY Pang Yamaha Racing Team kekal konsisten memberikan cabaran

Berdepan pelbagai rintangan dan cabaran yang dihadapi pasca pendemik Covid-19, ianya tidak menghalang YY Pang Yamaha Racing Team untuk kekal bersaing dalam kejuaraan yang memasuki musim ke-29 ini. Sebagai salah sebuah pasukan paling ‘senior’ dalam Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix, YY Pang Yamaha Racing Team kekal konsisten memberikan cabaran.

Bukan mudah untuk bertahan dan terus bersaing dalam sukan permotoran yang tentunya melibatkan perbelanjaan yang besar. Tambahan ketika semua pihak bergelut untuk bangkit dari pandemik Covid-19 yang telah merencat ekonomi selama dua tahun.

Tidak cukup dengan itu, YY Pang yang terlibat dengan musibah banjir beberapa bulan yang lalu enggan mengaku kalah malah cuba bangkit dari segala kesulitan untuk meneruskan perjuangan yang telah berdekad diusahakan.

Pasukan YY Pang ini diasaskan oleh pelumba era 60an dan 70an, Pang Yok You atau lebih mesra dengan panggilan ‘Sifu’ ini merupakan pasukan yang disegani di arena Cub Prix. Pernah melahirkan Juara dalam kategori Wira, CP115 dan terbaru merangkul takhta CP125 musim lalu melalui Adib Rosley.

Pasukan yang bermula pada tahun 90an ini bukan sahaja terkenal kerana prestasi pasukan yang sentiasa memberikan cabaran ketika perlumbaan tetapi juga dikenali dengan kepakaran penghasilan ekzos dengan jenama YY Pang Racing Sport yang dibangunkan sejak tahun 1970. Produk ini telah berjaya menembusi pasaran di Indonesia, Filipina, Vietnam, Greece and India.

Pengalaman dan pengurusan pasukan yang tersusun membolehkan YY Pang sentiasa hadir sebagai pencabar yang perlu diberi perhatian oleh pihak lawan.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

, , , , ,