Category: MotoDotMania
-

“JOHOREAN” MAHU KUASAI TANGKAK SEKALI LAGI
Selepas sambutan Hari Raya, kehangatan Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix kembali memburu dengan Pusingan 2 yang akan berlangsung pada hujung minggu ini. Md Adib Arsyad Md Hisam daripada YAMAHA ESTREMO 27 RACING antara paling teruja untuk menghadapi perlumbaan di Kompleks Sukan Permotoran Tangkak. Sebab apa? Peminat yang ikut rapat saingan Cub Prix ini pasti…
-

JENTERA BAHARU HONDA JANJIKAN SAINGAN LEBIH SENGIT
Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix pada musim 2024, pertukaran jentera dalam Honda RS-X One Make Challenge menyaksikan perubahan positif buat pelumba Sabah, Md Shazrilee Pattelee yang membuat penampilan keduanya. Musim ini, pelumba-pelumba beraksi dengan jentera Honda RS-X dengan 150cc berbanding Honda Dash dengan 125cc yang digunakan pada musim lalu, sekaligus memberi peluang seimbang kepada…
-

SAPAAN CUACA UJIAN SEBENAR
Keunikan perlumbaan bukan terletak pada kelajuan semata-mata. Tetapi, keupayaan mengekalkan momentum untuk menamatkan saingan tanpa terkesan walau apapun halangan mendatang. Di sebalik suatu kemenangan, adalah setiap perincian yang saling berkait rapat. Ia merangkumi bukan sahaja pelarasan dan kemahiran pelumba, malah permainan cuaca secara tidak langsung tampil sebagai watak penting untuk memplotkan peristiwa berbeza dalam setiap…
-

FIRDAUS NAZAR “BOTAK KEPALA” UNTUK KEMENANGAN SULUNG
Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing, Md Firdaus Md Hamdan bernazar untuk membotakkan kepala sekiranya meraih kemenangan dalam perlumbaan Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix tahun ini. Nazar tersebut dibuat berikutan tahun ini merupakan penampilan terakhir pelumba 26 tahun itu beraksi dalam kategori CP125 sebelum beralih fokus kepada CP150 pada tahun depan. Sejak berlumba…
-

KEMENANGAN LUAR JANGKAAN, APA RAHSIA HONDA KC RACING?
Di acara pembuka tirai Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2024, Honda KC Racing menamatkan saingan dengan dua kemenangan menerusi Md Irfan Haykhal Amidi daripada CP125 dan Md Akif Abdullah di kategori Wira KBS. Ia menimbulkan tanda tanya mengenai persiapan yang dilakukan oleh pasukan tersebut untuk mencapai embilan cemerlang tatkala kebanyakan pasukan masih dalam proses…
