fbpx

“JOHOREAN” MAHU KUASAI TANGKAK SEKALI LAGI


Selepas sambutan Hari Raya, kehangatan Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix kembali memburu dengan Pusingan 2 yang akan berlangsung pada hujung minggu ini.

Md Adib Arsyad Md Hisam daripada YAMAHA ESTREMO 27 RACING antara paling teruja untuk menghadapi perlumbaan di Kompleks Sukan Permotoran Tangkak.

Sebab apa? Peminat yang ikut rapat saingan Cub Prix ini pasti jelas bahawa pelumba berusia 15 tahun ini ada misi untuk mempertahankan kemenangannya di litar Tangkak itu. 

Pada musim lalu, Adib menamatkan perlumbaan Wira KBS di litar kegemarannya dengan catatan 9’33:957 saat sekaligus menyaksikannya mengungguli Pusingan 9. 

Saingan pembuka musim ini di Jasin, pelumba kelahiran Johor itu juga berjaya memastikan kedudukan podium apabila meraih tempat kedua dalam perlumbaan di Jasin, Melaka pada awal Mac.

Adib berkongsi: “Alhamdulilah, Pusingan 1 saya dapat menamatkan race di P2 dengan kerjasama yang amat baik. Bagi saya permulaan 2024 ini amat baik dan apa yang lebih mengujakan adalah musim ini ada ramai pesaing yang lebih bagus daripada saya. Ia membuatkan saya berasa lebih bersemangat mahu beri saingan terbaik kepada mereka.”

“Harapan saya untuk Pusingan 2 adalah menghuni di kelompok 5 terbaik, dan jika ada rezeki sudah tentu saya mahu menaiki podium lagi di Tangkak”

“Banyak yang saya lakukan dalam persiapan untuk pusingan ini, latihan tunggangan dan latihan kecergasan, semua saya ‘double’-kan!”

“Sasaran saya untuk tahun ini adalah mendapatkan ‘Overall Top 3’! Saya sedar bahawa peluang saya untuk tahun ini tipis tapi masih ada, dan saya bersifat positif bahawa usaha latihan yang saya menjalani akan membuahkan hasil terbaik untuk diri saya bagi musim 2024 ini.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook