Category: MCP2024R01
-
AKID TERUSKAN RENTAK CEMERLANG
Pusingan 1 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix yang berlangsung di Litar Jasin, Melaka berakhir pada petang tadi. Saingan perlumbaan akhir CP150 menyaksikan kejayaan pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing, Md Akid Aziz yang mengatasi cabaran litar basah dengan mudah sekaligus meraih kemenangan pertama bagi musim ini. Berikutan cuaca hujan tadi, sesi “Super-Pole” terpaksa…
-
IRFAN TEWASKAN JUARA BERTAHAN CP125 DI JASIN
Pelumba CP125 Honda KC Racing, Md Irfan Haykal Amidi melakar kejutan apabila muncul pemenang Pusingan 1 selepas memintas Juara Keseluruhan musim lalu, Md Khairi Asyraf Mahmood dari Jetron Yamaha YYPang Racing Team pada perlumbaan akhir Pusingan 1 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix di Litar Jasin, Melaka yang berakhir pada petang tadi. Sesi “Shoot Out”…
-
AKIF MUNCUL WIRA DI JASIN
Saingan Wira KBS menyajikan aksi yang cukup mendebarkan dengan tumpuan pada Md Akif Abdullah yang berjaya mengesahkan kemenangan di perlumbaan akhir Pusingan 1 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix yang diadakan di Litar Jasin, Melaka petang tadi sekaligus menghadirkan kemenangan kedua buat pasukannya, Honda KC Racing. Akif memulakan perlumbaan pada petang ini di petak grid…
-
AKID CATAT MASA TERPANTAS DI JASIN
Pembukaan Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix yang berlangsung di Jasin, Melaka hari ini menyaksikan pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing, Md Akid Aziz mengekalkan dominasi pada awal musim dengan catatan masa terpantas di sesi kelayakan CP150. Md Akid Aziz yang merupakan juara keseluruhan musim lalu memulakan aksi di sesi kelayakan 1 dengan catatan…
-
KHAIRI MULAKAN MUSIM BAHARU DENGAN LANGKAH KANAN
Pembuka tirai Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix yang diadakan di Jasin, Melaka hari ini memperlihatkan permulaan yang baik buat pelumba Jetron Yamaha YYPang Racing Team, Md Khairi Asyraf Mahmood yang menguasai sesi kelayakan kategori CP125. Pada permulaan, juara keseluruhan CP125 musim lalu itu selesa menguasai litar Jasin, Melaka dengan catatan masa terpantas 51.667s pada…