fbpx

IRFAN TEWASKAN JUARA BERTAHAN CP125 DI JASIN


Pelumba CP125 Honda KC Racing, Md Irfan Haykal Amidi melakar kejutan apabila muncul pemenang Pusingan 1 selepas memintas Juara Keseluruhan musim lalu, Md Khairi Asyraf Mahmood dari Jetron Yamaha YYPang Racing Team pada perlumbaan akhir Pusingan 1 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix di Litar Jasin, Melaka yang berakhir pada petang tadi.

Sesi “Shoot Out” yang berlangsung pada waktu pagi tadi telah menempatkan Irfan di petak grid ketujuh apabila beliau mencatatkan masa terpantas pada 52.110s. Pelumba Winbox KM+ AXLA, Arash Tsunami Kamarudin yang mencatat 51.716s berada di petak grid pertama, pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing, Md Syamil Amsyar Md Iffende yang mencatat 51.732s di petak grid kedua manakala Khairi dengan catatan 51.749s untuk berada di petak grid ketiga.

Perlumbaan akhir bermula dengan Arash mendahului perlumbaan tersebut namun beliau terjatuh seawal lap kedua. Ini memberikan peluang kepada pelumba-pelumba lain untuk memintas dengan Khairi berada di P1. Syamil yang pada ketika itu di P2 cuba memintas Khairi namun tidak berhasil. Namun kedudukan Khairi juga tidak kekal lama apabila pada 4 lap terakhir, Irfan memintas Syamil sebelum bersaing dengan Khairi. Setelah memintas Khairi, Irfan terus memecut untuk memastikan jaraknya dengan Khairi dan berjaya memenangi perlumbaan dengan catatan masa 13:58.371s.

Irfan berkata, “Pada perlumbaaan tadi, saya bermula agak lambat sikit. Jentera saya juga memberikan sedikitmasalah tetapi saya cuba juga, saya tidak berputus asa. Bagi saya, walaupun litar basah agak merbahaya, saya yakin dengan jentera dan kelajuan saya. Saya terus cuba untuk kawal jentera dan terus kejar untuk ke depan dan akhirnya saya berjaya.”

Khairi akur di tempat kedua dengan catatan masa 13:58.755s.

Syamil pula mengambil tempat ketiga dengan catatan masa 14:00.595s.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

, , ,