fbpx

AKID TERUSKAN RENTAK CEMERLANG


Pusingan 1 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix yang berlangsung di Litar Jasin, Melaka berakhir pada petang tadi. Saingan perlumbaan akhir CP150 menyaksikan kejayaan pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing, Md Akid Aziz yang mengatasi cabaran litar basah dengan mudah sekaligus meraih kemenangan pertama bagi musim ini.

Berikutan cuaca hujan tadi, sesi “Super-Pole” terpaksa dibatalkan dan pelumba-pelumba CP150 ditempatkan di grid berdasarkan masa lap daripada sesi kelayakan. Dengan itu, Akid Aziz telah memulakan perlumbaan dipetak grid pertama diikuti oleh pelumba Honda Estremo Yuzy Racing, Azroy Hakeem di petak grid kedua dan pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor, Kasma Daniel Kasmayudin di petak grid ketiga.

Bermulanya perlumbaan tadi, Akid meluru ke hadapan dan memimpin kumpulan pelumba tersebut.Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor, Nazirul Izzat Md Bahauddin mengambil edudukan kedua diikuti Azroy di P3. Pada 8 lap terakhir, Azroy berjaya memintas Nazirul manakala Akid terus mendominasi perlumbaan. Memasuki 4 lap terakhir, Nazirul mengalami masalah jentera dan terpaksa menamatkan perlumbaannya. Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing, Ahmad Afif Amran pada ketika itu mengambil kedudukan di P3. Akid meneruskan perlumbaan secara konsisten dan tampak selesa tanpa tekanan. Beliau meneruskan perlumbaan tersebut sekaligus menamatkan lap terakhir di dengan catatan masa17:17.228s. 

Menurut Akid “Dengan keputusan hari ini, saya dapat kekalkan momentum dari tahun lepas. Saya tidak menjangka dapat menang pada hari ini kerana saya hanya sasarkan kedudukan lima keatas.  Lebih-lebih lagi, dengan litar basah dimana kesilapan agak senang berlaku. Walau bagaimanapun, saya agak gembira dengan pencapaian hari ini. Untuk perlumbaan akan datang nanti, saya dan pasukan saya akan terus membuat penambahbaikan untuk keputusan yang konsisten. “

Azroy mengambil tempat kedua dengan catatan masa 17:20.733s. 

Di tempat ketiga adalah Afif dengan catatan masa 17:21.083s.

Kasma pula sekali lagi kecewa ditimpa masalah jentera, tidak dapat meneruskan perlumbaan.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

, , ,