Saingan Wira KBS menyajikan aksi yang cukup mendebarkan dengan tumpuan pada Md Akif Abdullah yang berjaya mengesahkan kemenangan di perlumbaan akhir Pusingan 1 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix yang diadakan di Litar Jasin, Melaka petang tadi sekaligus menghadirkan kemenangan kedua buat pasukannya, Honda KC Racing.
Akif memulakan perlumbaan pada petang ini di petak grid kedua selepas menamatkan sesi kelayakan semalam di tempat kedua dengan catatan masa terpantas 53.420s di belakang pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing, Farres Putra Md Fadhil yang mencatatkan masa terpantas 53.182s untuk bermula di petak grid pertama. Rakan sepasukan Akif, Adi Putra Anahar bermula di petak grid ketiga.
Sejurus perlumbaan bermula, Akif memintas Farres dan mendahului perlumbaan. Tidak lama kemudian, pelumba Yamaha Estremo 27 Racing, Md Adib Arsyad Md Hisam turut memintas Farres dan mengikut rapat di belakang Akif. Perlumbaan semakin sengit apabila Adib dan Farres bersaing untuk memintas Akif. Pada pertengahan perlumbaan Akif, Adib dan Farres kelihatan agak selesa dan memastikan kedudukan P2 and P3 Mereka berjaya membuka jurang dan meninggalkan pelumba-pelumba lain, namun babak sengit antara tiga pelumba di hadapan diteruskan. Didapati beberapa kali Adib memintas Akif, namun Akif yang dahagakan kemenangan itu menidakkan usaha Adib dengan pantas dan kembali mendominasi perlumbaan. Akif mengekalkan momentum sehingga ke garisan penamat dan memenangi perlumbaan dengan catatan masa 11:26.101s.
Menurut Akif, “Saya tak yakin pun saya boleh menang kerana ini adalah kali pertama saya berlumba dalam cuaca hujan dan saya dapat menang. Ini adalah kenangan paling manis bagi saya buat kali pertama membawa nama pasukan dalam kategori Wira KBS dan bawa balik podium.”
Tempat kedua jatuh ke tangan Adib 11:26.333s.
Farres mengambil tempat ketiga dengan catatan masa 11:26.648s.
Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com
Ikuti kami di Facebook