fbpx

AKID CATAT MASA TERPANTAS DI JASIN


Pembukaan Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix yang berlangsung di Jasin, Melaka hari ini menyaksikan pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing, Md Akid Aziz mengekalkan dominasi pada awal musim dengan catatan masa terpantas di sesi kelayakan CP150.

Md Akid Aziz yang merupakan juara keseluruhan musim lalu memulakan aksi di sesi kelayakan 1 dengan catatan masa terpantas 49.491s diikuti oleh Md Iqbal Amri Abdul Malek dari Yamaha Tekhne AHM Motor Sports pada 50.083s dan Pelumba, Jetron Yamaha YYPang Racing Team, Md Aiman Tahiruddin yang catat 60.088s. Nampaknya pelumba-pelumba ini telah mempamerkan daya saing tinggi selain dalam usaha mencari pelarasan terbaik bagi jentera masing-masing.

Di sesi kelayakan 2 pula, Akid terus dicabar oleh beberapa pelumba ternama seperti Pelumba Honda Estremo Yuzy Racing, Azroy Hakeem Anuar serta pelumba-pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor, Nazirul Izzat Md Bahauddin dan Kasma Daniel Kasmayudin yang cuba merebut kedudukan teratas namun Akid menafikannya dengan catatan terpantas 49.256s. Jelas ternyata, Akid kembali ke musim baharu ini dengan matlamat untuk mempertahankan kejuaraannya.  sekaligus menempatkan Azroy yang mencatat 49.325s di tangga kedua diikuti Kasma yang mencatat 49.626s.

Menurut Akid, “Di sesi  Kelayakan 2 tadi, saya cuba cari “racing line” terbaik, sebab risiko  jatuh itu agaktinggi. Kita boleh teruskan kelajuan, tetapi kalau dah terjatuh, memang sukar untuk kita. Oleh itu, saya cuba untuk kekalkan kelajuaan dan lap masa yang konsisten dan akan terus mencari jalan terbaik untuk mengekalkan kedudukan dan untuk mencatatkan masa terbaik. Perlumbaan esok sudah pasti sengit terutamanya untuk pelumba di P1 hingga P5 tetapi kita tengok dahulu situasinya . Masing-masing ada risiko, cuma untuk elakkan daripada jatuh tu agak susah. Saya cuba macam-macam braking dan cara untuk elakkan jatuh memang saya tetap akan jatuh. Esok saya cuba perbaiki lagi” katanya.

Di tempat kedua adalah Azroy dengan catatan masa terpantas pada 49’325s.

Kasma mencatatkan masa ketiga terpantas pada 49’626s.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

, , ,