Category: CP125
-

SHAFIQ RASOL KUASAI SESI KELAYAKAN
Pelumba pasukan ONEXOX TKKR Racing, Shafiq Rasol telah menguasai sesi kelayakan CP125 pada pusingan pertama Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix 2022 apabila beliau berjaya mendahului senarai catatan masa terpantas. Shafiq melaungkan amaran awal menjelang perlumbaan esok apabila berjaya mencatat masa 1’21.948s, 0.242s lebih pantas daripada rakan sepasukan Hafiza Rofa. Pelumba yang paling konsisten sepanjang sesi…
-

ADIB SASAR HATRIK CP125
Juara bertahan CP125 Mohd Adib Rosley bertekad untuk membantu pasukan YY Pang Yamaha Racing mempertahankan prestasi pasukan tersebut dalam kategori CP125. Menjelang pusingan pembuka tirai musim 2022 PETRONAS Malaysian Cub Prix minggu ini, Adib akan kembali ke litar berpaut dengan azam dan kegigihan. “Saya jangka perlumbaan akan menjadi lebih sengit tahun ini. Memandangkan musim 2022…
-

CP150 DIJANGKA SENGIT
Saingan CP150 musim ini dijangka sengit berdasarkan senarai pelumba yang telah diumumkan semua pasukan bertanding. Perpindahan dan kemasukan kembali beberapa pelumba kategori ini menarik perhatian peminat Cub Prix. Paling mencuri perhatian adalah kembalinya Khairul Idham Pawi atau SuperKIP ke kancah Cub Prix pada musim ini. Bekas juara kategori Wira 2014 itu buat julung kalinya akan…
-

SYAFIQ MAHU CABAR KEJUARAAN
Syafiq Rosli juara sulung CP125 ingin sekali lagi mencabar kejuaraan apabila kekal berlumba dalam kategori berkenaan. Pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu sedar kehadiran beberapa muka baru dalam kategori itu bakal menambah lagi saingan namun beliau tetap optimis untuk sekali lagi merebut takhta kejuaraan. Syafiq yang bermula cemerlang pada awal musim apabila memenangi…
-

HAFIZA ROFA TAMATKAN MUSIM 2021 DENGAN NADA POSITIF
Pelumba ONEXOX TKKR Racing Team, Hafiza Rofa berjaya menamatkan musim 2021 dengan nada positif apabila muncul juara perlumbaan CP125 dengan catatan masa 11’08.299s. Walaupun juara CP125 musim ini sudah ditentukan oleh Mohd Adib Rosley di Pusingan 9, persaingan kategori intermediate ini tidak kurang sengit. Hafiza bertarung hebat dengan persaing terdekat Mohd Syafiq Rosli serta Mohd…
