fbpx

TANGKAK MILIK SIAPA?

Litar Lumba Tangkak bakal menyaksikan perlumbaan CP150 kelapan pada Pusingan 2 nanti dan siapakah yang akan bergelar juara?

Litar Lumba Tangkak boleh dikatakan litar wajib bagi kalendar Kejuaraan PETRONAS Cub Prix sejak 2017. Litar sepanjang 1.025 kilometer itu merupakan sebuah litar teknikal yang menuntut setiap pelumba kemahiran mengawal jentera yang baik untuk memenangi perlumbaan. Sepanjang tempoh lima tahun itu sudah tujuh perlumbaan CP150 dilangsungkan di litar berkenaan.

Daripada kesemua perlumbaan itu menyaksikan dominasi pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor dengan sejumlah empat kemenangan manakala PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing melalui Ahmad Afif Amran memenangi tiga lagi baki perlumbaan.

Selain Afif yang merekod lima podium di litar ini, Akid Aziz juga telah melangkah ke podium sebanyak empat kali bersama dua pasukan berbeza. Berdasarkan rekod, kedua-dua pelumba ini dilihat sebagai halangan utama kepada pelumba lain pada perlumbaan pusingan akan datang.

Walau bagaimanapun, selepas perlumbaan pembukaan musim yang lalu kesemua jentera dilihat berada pada prestasi terbaik dan berpeluang untuk mencipta kejutan di Tangkak. 

Siapakah yang bakal dinobat sebagai pemenang pada perlumbaan CP150 Pusingan 2 yang akan berlangsung pada 14-15 Mei nanti.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

, , ,