Md Danish Aiman Zamrul dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing mencatatkan masa terpantas di sesi kelayakkan Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix bagi kategori Wira KBS.
Pencapaian Danish di Litar Terengganu kali ini telah membuktikan peningkatan dalam prestasinya terutamanya dalam pengendalian jentera di litar yang agak teknikal. Pada musim lepas, Danish hanya menamatkan perlumbaannya pada tangga kelima bagi pusingan kelima dan tangga keenam di pusingan keenam.
Setakat ini, Danish menduduki di tangga kedua secara keseluruhan setelah menamatkan perlumbaan pusingan pertama dan kedua di tangga kedua dan pusingan ketiga di tangga ketiga.
Danish mencatatkan masa 52.716s pada sesi kelayakkan ini.
Menurut Danish, “Bagi sesi tadi, saya tidak mempunyai strategi yang khusus. Saya hanya buat yang terbaik. Saya cuba kekal konsisten sepanjang sesi tersebut untuk mendapatkan masa yang terbaik.”
“Bagi pusingan ini, semestinya matlamat saya adalah untuk mendapat tempat di podium.”
Tempat kedua terpantas pula diambil oleh rakan sepasukan Danish iaitu Md Adam Haikal Jahar dengan catatan masa 53.051s.
Tempat ketiga terpantas diduduki oleh Md Farish Iqmal Elyas yang mencatatkan masa 53.123s.
Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com
Ikuti kami di Facebook