fbpx

RIBUT DAN PETIR MERUMITKAN PENGANJURAN PUSINGAN 2 KEJUARAAN CUB PRIX MALAYSIA PETRONAS

Hujan lebat dan petir sebelum perlumbaan akhir Pusingan 2 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS di Litar Tangkak pada 23hb Ogos mendatangkan kerumitan diluar jangkaan.

Petir kilat yang berlaku berhampiran litar sebelum bermulanya perlumbaan akhir Wira KBS telah menyebabkan kerosakan sistem penjagaan masa perlumbaan (timekeeping) serta beberapa lagi sistem electonik yang lain. Oleh itu, permulaan perlumbaan Wira KBS Akhir terpaksa ditunda dua kali dan akhirnya perlumbaan dijalankan dengan menggunakan sistem jagaan masa secara manual. Sistem penjagaan masa (timekeeping) berjaya dibaiki sebelum perlumbaan CP125 dan CP150 Akhir, namun sistem grafik  untuk siaran di TV tidak dapat diperbaiki dalam masa yang sama.

Hujan yang semakin lebat selepas perlumbaan CP150 Akhir turut memaksa pihak penganjur melewatkan perlumbaan Aeon Credit Service Yamaha NVX Challenge, Honda Dash 125 Challenge dan PETRONAS Sprinta Pro-Am Cup yang sebelumnya dijadual berlansung semasa siaran langsung. Keputusan itu dibuat di atas sebab-sebab keselamatan.