fbpx

CUB PRIX KEMBALI BERAKSI DI LITAR SEPANG SELATAN


Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS akan kembali beraksi di Litar Sepang Selatan untuk pusingan ketiga musim 2020 pada 2hb dan 3hb September ini.

Kali terakhir Kejuaraan Cub Prix dijalankan di atas litar sepanjang 2.61km ini adalah pada musim 2013. Elly Idzlianizar Ilias dari pasukan Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing menjadi pemenang kategori perdana CP130 pada masa itu, manakala perlumbaan CP115 dimenangi Ahmad Afif Amran dari pasukan PETRONAS Yamaha-CKJ dan Ahmad Syukran Aizat dari pasukan Suzuki Fortyone Racing memenangi perlumbaan Wira Akhir.

Dalam enam tahun sejak itu, banyak perubahan yang telah dilaksanakan dalam Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS. Kategori perdana baharu CP150 tidak pernah beraksi di Litar Sepang Selatan. Begitu juga kelas CP125.

“Dijangkakan bahawa kemunculan semula Litar Sepang Selatan dalam kalendar musim 2020 akan membawakan cabaran baharu kepada para pelumba dan pasukan dalam dua kategori perdana tersebut. Tahap persaingan pasti sengit kerana masing-masing sedang berlumba mencari kelebihan di litar ini,” kata Ron Hogg, Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd.

Buat pertama kali dalam sejarah Cub Prix, perlumbaan akan dijalankan pada hari minggu, iaitu hari Rabu dan Khamis. Memandangkan SOP baharu sukan permotoran melarangkan kehadiran penonton, perlumbaan kini tidak perlu hanya dijalankan pada hari minggu sahaja.

, ,