fbpx

PASUKAN CUB PRIX SANGGUP MENERIMA SEGALA PERATURAN SUPAYA PERLUMBAAN BOLEH BERJALAN SEPERTI BIASA

Para pasukan Cub Prix sanggup menerima dan mengikuti segala peraturan baru yang mungkin terpaksa dilaksanakan agar perlumbaan Cub Prix dapat dimulakan semula.

 

Topik tersebut dibahaskan oleh Amer Saad, pengurus pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing dan Razali Ahmad, pemilik pasukan HONDA RCB SOLARALERT Cilik Team dalam sesi livestream ‘Hangout Bersama Cub Prix’ di laman Facebook Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS.

 

Menurut Razali, sebagaimana susah pun peraturan-peraturan baru yang terpaksa diikuti, ianya pasti diterima secara berbuka hati di kalangan pasukan-pasukan Cub Prix.

 

“Penyambungan perlumbaan ini amat penting untuk komuniti permotoran negara. Kami harus memenuhi tanggungjawab kepada penaja pasukan. Dalam scenario ini, kebenaran untuk perlumbaan diteruskan, walaupun dalam litar tertutup tanpa peminat, adalah faktor yang paling penting,” Razali jelaskan.

 

“Pada masa yang sama, pihak penganjur juga harus meneliti semula fasiliti-fasiliti perlumbaan seperti waiting area yang perlu diubahsuai untuk memastikan penjarakkan sosial tetap dipatuhi.”

 

Amer juga menyetujui cadangan-cadangan yang dibentangkan oleh Razali.

 

“Saya rasa tiada masalah kerana komuniti Cub Prix sememangnya mempraktikan tahap disiplin yang tinggi dan masing-masing sedar tentang keperluan untuk menjaga disiplin sendiri.”

 

Amer juga mengesyorkan agar semua pasukan mempergiatkan lagi aktiviti di laman media sosial sekiranya perlumbaan harus dijalankan tanpa peminat.