Dikalakomunitipemotoran negara masih mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pelumba lagenda negara Shahrol Yuzy meneruskan usaha mendekati para peminat sukan pemotoran negara di alam maya. Yuzy yang juga merupakan pelumba GP pertama Malaysia, kini menjadi hos ‘Ramp-it Kat Trek… Macam Yuzy’ yang bersiaran secara langsung di laman Facebook Malaysian Cub Prix setiap Selasa malam.
Dalam episod pertama, Yuzy serta tetamu khasnya, Ahmad Fuad Baharudin yang juga dikenali sebagai “Abang Power”, membincangkan kepentingan faktor disiplin yang menjadi titik perbezaan antara seorang pelumba biasa dan seorang pelumba yang boleh bergelar juara.
Yuzy dan Fuad yang kini menerajui pasukan perlumbaan mereka sendiri, mengakui bahawa faktor disiplin berkait rapat dengan stamina fizikal dan mental. Ini amat diperlukan bagi seseorang pelumba yang ingin berjaya dalam karier mereka.
“Bukan senang untukmengendali motosikal yang laju di atas litar. Walaupun nampak senang, tetapi sebenarnya memerlukan tahap tenaga yang amat tinggi. Daya fokus juga mungkin terjejas apabila seseorang pelumba itu terlalu letih sehingga fikirannya terganggu,” kata Yuzy.
Ahmad Fuad turut mendedahkan bahawa pasukannya mempraktikkan tahap disiplin yang amat tinggi, sehingga dia sanggup menyimpan telefonbimbit para pelumbanya.
“Tujuan kami bukan untuk menyusahkan para pelumba. Cuma pasukan kami mahu memastikan bahawa mereka mendapat rehat yang secukupnya sebelum persaingan bermula. Jika seseorang pelumba kurang tidur, ini bolehmenjejaskan fokus mental dan boleh mempengaruhi pencapaian pelumba dalam pertandingan,” kata Fuad.
“Tips ini juga boleh dipraktikkanoleh anda di rumah. Sekiranya anda bakal memulakan perjalananyang panjang, pastikan anda cukup rehatpada malam sebelumnya. Dan jangan sesekali balas mesej apabila menunggang motosikal,” tambah Fuad.