fbpx

ADAM TERAJUI 31 RACING TERUSKAN RENTAK POSITIF

Md Adam Haikal dan Md Syamil Amysar Md Iffende mencatatkan masa terpantas dan kedua terpantas bagi sesi kelayakan Wira KBS

Duo PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing sekali lagi menguasai kategori Wira KBS apabila Md Adam Haikal dan Md Syamil Amysar Md Iffende mencatatkan masa terpantas dan kedua terpantas bagi sesi kelayakan di pusingan kedua, Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix.

Kedua-dua pelumba ini yang telah menaiki podium pada pusingan pertama di Litar Antarabangsa Sepang meneruskan rentak positif apabila masing-masing mencatatkan masa 46:754s dan 47:278s pada sesi kelayakan.


Menurut Adam, “Saya sudah lama bersedia untuk perlumbaan di litar Tangkak, lebih-lebih lagi dengan latihan-latihan kecergasan serta teknikal yang amat diperlukan di sini.”

“Untuk perlumbaan esok, saya akan cuba kekalkan kedudukan saya dengan catatan masa terpantas.”

Tempat ketiga terpantas jatuh ke tangan Md Farish Iqmal Khairul Elyas dari pasukan Honda KC Racing dengan catatan masa 47:349s. Tempat keempat dan kelima diduduki oleh Md Darwisy Ahmad Sahir Castrol Power1 Honda dan Md Danish Aiman Zamrul dari PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing, masing-masing dengan catatan masa 47:430s dan 47:588s.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

, , ,