fbpx

KASMA DIBERI TENTANGAN SENGIT SEBELUM MUNCUL JUARA DI KEMAMAN


CP130-06

Pendahulu keseluruhan, Kasma Daniel Kasmayudin diberi tentangan sengit oleh Ahmad Afif Amran sebelum pelumba berusia 17 tahun itu berjaya meraih kemenangan kelima musim ini dalam perlumbaan CP130 pada pusingan keenam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2016 yang berakhir di Kemaman, Terengganu, hari ini.

Berbeza dengan pusingan lepas dimana pelumba PETRONAS Yamaha Maju Motor itu sentiasa menamatkan perlumbaan jauh dihadapan pencabar-pencabar lain, perlumbaan minggu ini menyaksikan pelumba tuan rumah, Ahmad Afif (PETRONAS Yamaha-CKJ) memberikan saingan sengit di sepanjang perlumbaan sebelum akur kepada Kasma Daniel yang menamatkan 18 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 16’05.980s, 0.275s di hadapan Ahmad Afif.

Peringkat awal perlumbaan menyaksikan persaingan diantara tiga pelumba termasuk rakan sepasukan Kasma Daniel, Ahmad Fazli Sham sebelum pelumba itu terjatuh pada peringkat awal perlumbaan menyaksikan persaingan terarah kepada Kasma Daniel dan Ahmad Afif.

Selepas mengekori Kasma Daniel di sepanjang perlumbaan, Ahmad Afif akhirnya berjaya memintas sebelum pelumba kelahiran Johor itu bijak menggunakan ruang untuk kembali berada di hadapan pada baki dua pusingan terakhir sehingga ke garisan penamat. Tempat ketiga menjadi milik seorang lari rakan sepasukan Kasma Daniel, Abd Muhaimin Roslan dengan masa 16’15.282s.

“Perlumbaan ini merupakan yang paling sengit pada tahun ini. Gear jentera saya mengalami sedikit masalah sekaligus memberi peluang untuk Afif merapatkan kedudukan. Saya cuba kekal fokus untuk memeanngi perlumbaan,” jelas Kasma yang kini mendahului kedudukan keseluruhan dengan 125 mata.

Ahmad Fazli yang gagal meneruskan perlumbaan kekal di tangga kedua dengan 98 mata diikuti Ahmad Fazrul Sham (AHM Motorsport) di kedudukan ketiga dengan 57 mata.

DSC_3620

Sementara itu dalam saingan CP115 turut didominasi oleh pelumba PETRONAS Yamaha Maju Motor yang menjadi milik Md Akid Aziz setelah mengetepikan pelumba lebih berpengalaman termasuk pendahulu keseluruhan, Tengku Amirul haffirudin, Amirul Ariff Muda dan Azroy Hakeem Anuar sebelum menamatkan 15 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 13’43.049s.

Md Amirul (Givi Honda Yuzy Racing) muncul naib juara dengan masa 13’49.210s diikuti Md Aznil Md Ali ketiga dengan masa 13’50.810s.

Tengku Amirul yang terjatuh setelah perlanggaran dengan Azroy Hakeem kekal mendahului kedudukan keseluruhan dengan 90 mata namun hanya dua mata mendahului Akid yang berada di kedudukan kedua sementara rakan sepasukan Akid, Md Haziq Md Fairues di tangga ketiga dengan 67 mata.

SHZ_0387

Dalam saingan kelas WIRA, juara pusingan lepas di Teluk Intan, Md Helmi Azman (IUGB AFB Tech Racing) berjaya meraih kemenangan kedua berturut-turut setelah selesa mendahului dari awal perlumbaan sebelum melintasi garisan penamat dengan masa keseluruhan 11’02.966s. Pendahulu keseluruhan, Md Shafiq Ezzariq (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) berjaya kembali ke atas podium sebagai naib juara dengan masa 11’06.601s sekalipun masih belum pulih sepenuhnya dari kecederaan tangan. Md Qhuwarismi Md Nasir (Weststar Motorsport) di kedudukan ketiga dengan masa 11’06.802s.

Gelaran naib juara memastikan Shafiq terus mendahului kedudukan keseluruhan dengan 133 mata diikuti Helmi dengan 103 mata. Md Amirul Arif Ramli di kedudukan ketiga dengan 65 mata.

Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS akan berlangsung di Johor pada 3 dan 4 September.

Keputusan:

CP130

  1. Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) Yamaha 16’05.980s 2. Ahmad Afif Amran (TRG) Yamaha 16’06.255s 3. Abd Muhaimin Roslan (SGR) Yamaha 16’15.282s 4. Md Azhar Abd Jalil (SGR) Yamaha 16’16.581s 5. Md Khairul Ikhwan Ajis (SGR) Yamaha 16’18.357s

Kedudukan keseluruhan:

  1. Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) Yamaha 125 mata 2. Ahmad Fazli Sham (PRK) Yamaha 98 mata 3. Ahmad Fazrul Sham (PRK) Yamaha 57 mata 4. Md Azhar Abd Jalil (SGR) Yamaha 55 mata 5. Md Hafiz Nor Azman (PRK) Honda 54 mata

CP115

  1. Md Akid Aziz (KUL) Yamaha 13’43.049s 2. Md Amirul Ariff Musa (JHR) Honda 13’49.210s 3. Md Anil Md Ali (TRG) Honda 13’50.810s 4. Md Hafiza Rofa (TRG) Yamaha 13’51.268s 5. Ahmad Syukran Aizat (TRG) Yamaha 13’56.194s

Kedudukan keseluruhan:

  1. Tg Amirul Haffirudin (TRG) Yamaha 90 mata 2. Md Akid Aziz ( KUL) Yamaha 86 mata 3. Md Haziq Md Fairues (SGR) Yamaha 67 mata 4. Ahmad Syukran Aizat (TRG) Yamaha 61 mata 5. Md Harith Farhan Baharin (TRG) Honda 60 mata

WIRA

  1. Md Helmi Azman (SGR) Yamaha 11’02.966s 2. Md Shafiq Ezzariq (SGR) Honda 11’06.601s 3. Md Qhuwarismi Md Nasir (PNG) Yamaha 11’06.802s 4. Md Amirul Ariff Ramlee (JHR) Yamaha 11’06.982s 5. Md Idil Fitri Mahadi (SGR) Yamaha 11’17.162s

Kedudukan keseluruhan:

  1. Md Shafiq Ezzariq (SGR) Honda 133 mata 2. Md Helmi Azman (SGR) Yamaha 103 mata 3. Md Amirul Arif Ramlee (JHR) Yamaha 65 mata 4. Md Qhuwarismi Md Nasir (PNG) Yamaha 63 mata 5. Md Afizi Supaat (SGR) Yamaha 55 mata
, ,