Tag: CP130
-

FAZLI TAK SABAR BERAKSI DI TAIPING
Pelumba legenda Cub Prix, Ahmad Fazli Sham dari pasukan PETRONAS Yamaha Maju Motor akui cukup teruja dan tidak sabar untuk turun beraksi menghadapi perlumbaan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2016 yang akan berlangsung di kampung halamannya di Taiping, Perak pada 19 dan 20 November ini. “Minggu ini merupakan minggu yang sibuk bagi saya.…
-

CUB PRIX TAIPING PERLUMBAAN TERAKHIR CP130
Pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Taiping, Perak pada 19 dan 20 November ini bakal menjadi perlumbaan terakhir bagi kategori CP130 apabila kategori ini ditukar kepada perlumbaan SuperCub 150cc bermula musim 2017. Selepas lapan tahun kategori ini menjadi perlumbaan kelas perdana bagi siri kejuaraan kebangsaan, persaingan merebut gelaran juara keseluruhan dimiliki gabungan…
-

KOMITMEN KAMI TERHADAP KARIER PELUMBA JADI KEUTAMAAN : YUZY
Pasukan Givi Honda Yuzy Racing meraih keputusan terbaik pada musim 2016 apabila dua pelumbanya menjuarai perlumbaan CP130 dan CP115 pada saingan Pusingan 9 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Jempol, Negeri Sembilan, semalam. Selepas berusaha untuk mengejar kemenangan pertama musim ini, penantian mereka berakhir di Jempol apabila Mohd Zaqhwan Zaidi memenangi perlumbaan CP130 namun…
-

KASMA SAHKAN GELARAN KESELURUHAN CP130
Pemburuan gelaran juara keseluruhan CP130 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS kini berakhir setelah Kasma Daniel Kasmayudin mengesahkan gelaran pada saingan pusingan kesembilan di Jempol, Negeris Sembilan sekaligus meletakkan namanya selaku juara termuda kategori tersebut, hari ini. Pelumba PETRONAS Yamaha Maju Motor itu mengesahkan gelaran setelah berjaya muncul naib juara di belakang Mohd Zaqhwan Zaidi…
-

ZAQHWAN TERPANTAS DI JEMPOL
Md Zaqhwan zaidi mencatat masa terpantas dalam saingan ujian masa CP130 manakala pendahulu keseluruhan, Kasma Daniel Kasmayudin mengalami masalah mekanikal sekaligus menjejaskan aksinya untuk mencatat masa lebih pantas pada Pusingan 9 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Jempol, Negeri Sembilan, hari ini. Pelumba Givi Honda Yuzy Racing itu terlebih dahulu mencatat masa terpantas 45.770s…
