fbpx

HAFIZ AZAM KEKALKAN KEMENANGAN MILIK SCK


Hafiz Nor Azman berazam untuk kekalkan kemenangan milik pasukan Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing apabila berjaya mencatat masa terpantas CP130 pada Pusingan 2 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang, hari ini.

Pelumba berusia 20 tahun itu mencatat masa terpantas 53.151s mengatasi juara pusingan pertama, Kasma Daniel Kasmayudin dan rakan sepasukan, Ahmad Fazli Sham (PETRONAS Yamaha Maju Motor) yang mencatat masa terbaik 53.405s dan 53.420s.

Catatan ini mendatangkan keyakinan buat Hafiz untuk mengulangi pencapaian Elly Idzlianizar Ilias yang muncul juara di litar sepanjang 1.265km itu pada musim lepas. Malang buat juara bertahan itu apabila gagal untuk melayakkan diri ke sesi kelayakan Superpole pada hari esok setelah sekadar mencatat masa ke-16 terpantas, 55.968s akibat masalah mekanikal jentera.

“Kerja keras pasukan sangat membantu saya pada hari ini. Kami melakukan perubahan dalam setiap sesi latihan dan berjaya melakukan catatan yang lebih pantas. Komunikasi diantara pasukan sangat baik,” jelas Hafiz.

Tambahnya, “Selepas melakukan masa terbaik 53.152s pada sesi latihan bebas kedua, terdapat tumpahan minyak di litar ketika sesi latihan bebas CP115 dan menimbulkan sedikit kebimbangn dikalangan pelumba. Namun petugas perlumbaan berjaya memperbaiki keadaan jalan dengan baik sekali, cuma masalah cuaca terlalu panas mengganggu keseluruhan catatan masa pelumba.”

Pasukan Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing mempunyai rekod baik di Batu Kawan dengan rekod juara pada tahun 2006, 2010, 2013 dan 2015.

, ,