fbpx

TENGKU TERUSKAN PENGUASAAN


Pelumba Motul Zeneos Yamaha YY Pang, Tengku Amirul Haffirudin meneruskan rentak cemerlang ketika menjuarai perlumbaan pusingan lepas di Serdang, Selangor apabila muncul pelumba terpantas dalam kategori CP115 pada hari ini.

Tengku Amirul mencatat masa terpantas 54.151s, 0.488s lebih pantas berbanding Md Harith Farhan Baharin (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) yang mencatat 54.639s dan pelumba FELDA PB Racing, Md Iqbal Amri Abd Malek dengan masa 54.863s.

Melengkapkan senarai lima pelumba terpantas ialah Md Akid Aziz (PETRONAS Yamaha Maju Motor), 54.943s dan Md Muzakkir Mohamed (Cardinals Koyoko KC Racing) dengan masa 55.083s.

, ,