Category: MCP2020R03
-
HELMI AZMAN SEKALI LAGI BUKTIKAN KEHEBATAN DI SEPANG
“Keadaan jentera saya kurang stabil ketika mengharungi perlumbaan akhir hari ini. Begitupun, saya tetap mencuba dan selepas tiga lap, ia mula menunjukkan peningkatan sehingga saya berjaya memberi saingan kepada pelumba di barisan hadapan. “Namun, pada lap terakhir saya mendapati prestasi enjin kembali menurun dan saya gagal untuk memecut dengan kelajuan maksimum. Apa pun, saya tetap…
-
AKID MENERUSKAN RENTAK CEMERLANG DI PUSINGAN 3
Juara Pusingan 2 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS 2020, Md. Akid Aziz meneruskan rentak cemerlang apabila muncul pelumba terpantas pada sesi kelayakan kelas CP150 di Litar Sepang Selatan hari ini. Pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu merekodkan masa 1:15.596 saat (s) sepusingan di litar sepanjang 2.6 kilometer itu. Ia membuktikan prestasi jentera Yamaha…
-
ROMBAKAN BARISAN PELUMBA PASUKAN CKJ; AFFENDI ROSLI KEMBALI BERAKSI
Keputusan kurang memuaskan pada dua pusingan pertama Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS 2020 memaksa pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing membuat rombakan barisan pelumba menjelang perlumbaan pusingan ketiga yang bakal berlangsung di Litar Sepang Selatan minggu ini. Pasukan tersebut akan mengurangkan jumlah pelumba kategori CP125 dari tiga pelumba ke dua pelumba sahaja iaitu Ahmad Syukran Aizat…
-
CUB PRIX KEMBALI BERAKSI DI LITAR SEPANG SELATAN
Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS akan kembali beraksi di Litar Sepang Selatan untuk pusingan ketiga musim 2020 pada 2hb dan 3hb September ini. Kali terakhir Kejuaraan Cub Prix dijalankan di atas litar sepanjang 2.61km ini adalah pada musim 2013. Elly Idzlianizar Ilias dari pasukan Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing menjadi pemenang kategori perdana CP130…