Category: Yamaha
-

ADIB DAN ZUHAILNABIL CALON JUARA NVX
Md Adib Hakim Nazri dan Md Zuhailnabil Muhamad Zamree kini merupakan calon paling hampir untuk dinobatkan sebagai Juara AEON Credit Service Yamaha NVX Challenge musim 2021. Persaingan antara mereka pastinya dijangka sengit pada dua pusingan terakhir musim ini. Pendahulu semasa, Adib Hakim mula mengatur langkah mengejar gelaran juara setelah mempamerkan aksi cemerlang di Litar Lumba…
-

SELAMAT KEMBALI KE PODIUM CUB PRIX, KASMA DANIEL!
Flamboyan dan sukar dijangka, Kasma Daniel Kasmayuddin, kembali ke podium tertinggi Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix dengan kemenangan yang cemerlang di Pusingan 6 yang berlangsung di Litar Permotoran Terengganu minggu lalu. Memulakan perlumbaan dari barisan kedua, pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor menggunakan lima lap pertama untuk merapati kumpulan hadapan yang dipimpin Azroy Hakeem Anuar…
-

YY PANG MARI LAGI! TERENGGANU MILIK ADIB ROSLEY
Persaingan kategori CP125 untuk Pusingan 5 dan 6 Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix sah menjadi milik Mohd Adib Rosley dari pasukan Ipone Yamaha YY Pang. Setelah berjaya mencipta kemenangan mengejutkan dalam perlumbaan Pusingan 5, Adib mengulangi persembahan cemerlang itu sehari lagi di perlumbaan Pusingan 6. Pelumba Yamaha itu memulakan perlumbaan dari petak ke-6. Di hadapan…
-

YY PANG MARI! ADIB BIJAK MENGATUR LANGKAH
Perlumbaan CP125 Pusingan 5 di Litar Permotoran Terengganu dimenangi Mohd Adib Rosley dari pasukan Ipone Yamaha YY Pang Racing Team dan sekaligus mengambil balik kedudukan pendahulu pencarian takhta kategori pertengahan Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix. Adib memulakan perlumbaan dari petak ke-enam. Seperti yang sering dipamerkan musim ini, Adib selalunya membawakan persembahan yang agak sederhana pada…
-

NAZIRUL BERAZAM HADIAHKAN KEMENANGAN BUAT MAJU MOTOR
Nazirul Izzat Bahauddin berhasrat untuk menghadiahkan 25 mata penuh buat pasukannya PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor pada perlumbaan CP150 Pusingan 5 dan 6 nanti. Perlumbaan yang dijadualkan berlangsung di Litar Permotoran Terengganu pada hujung minggu ini memberi keyakinan buat Nazirul untuk meraih kemenangan kerana litar ini menyimpan kisah manis buat pelumba ini. “Podium pertama…
