fbpx
Flamboyan dan sukar dijangka, Kasma Daniel Kasmayuddin, kembali ke podium tertinggi Cub Prix dengan kemenangan yang cemerlang di Pusingan 6

SELAMAT KEMBALI KE PODIUM CUB PRIX, KASMA DANIEL!

Flamboyan dan sukar dijangka, Kasma Daniel Kasmayuddin, kembali ke podium tertinggi Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix dengan kemenangan yang cemerlang di Pusingan 6 yang berlangsung di Litar Permotoran Terengganu minggu lalu.

Memulakan perlumbaan dari barisan kedua, pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor menggunakan lima lap pertama untuk merapati kumpulan hadapan yang dipimpin Azroy Hakeem Anuar dan Mohd Akid Aziz. Tiba di belakang Akid, Kasma tidak berlengah masa mengatur strategi untuk memintas pelumba ONEXOX TKKR Racing Team tersebut.

Pada lap ke-sembilan, Kasma mula membayangi pemimpin perlumbaan, Azroy.

Dengan setiap pusingan yang berlalu, jurang antara Azroy dan Kasma semakin berkurangan. Namun demikian, Azroy kekal dengan strategi defensive. Di belakang Azroy, Kasma menggunakan setiap inci litar, mencari ruang untuk memintas.

Peluang tersebut muncul pada lap terakhir apabila Kasma berjaya melepasi benteng pertahanan Azroy di selekoh pertama. Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu berjaya mengekalkan kedudukannya sehingga sampai ke garisan penamat dengan catatan masa 16’33.906s.

0.083 saat di belakang Kasma, Azroy terpaksa Akur di tempat kedua. Kedudukan podium ketiga dimenangi sekali lagi oleh Mohd Akid Aziz dengan catatan masa 16’37.192s.

“Pasukan kami menggunakan banyak masa untuk mencari setting gear dan suspensi yang tepat untuk litar yang agak teknikal ini. Sampai ke sesi kelayakan kedua untuk Pusingan 6 pada hari Ahad, saya mula berasa lebih yakin. Semasa di perlumbaan tadi, saya sebenarnya menunggu peluang yang tepat untuk memintas. Peluang itu sampai di selekoh pertama pada lap terakhir,” jelas Kasma.

Kemenangan ini adalah kemenangan pertama Kasma sejak Disember 2018. Ianya juga merupakan kemenangan pertama Cub Prix bagi Kasma semenjak kepulangannya dari kejuaraan MotoGP.

Walau bagaimanapun, Azroy yang telah mempamerkan prestasi yang konsisten sepanjang minggu ini masih mendahului carta kejuaraan CP150 dengan 103 mata. Pelumba asal Terengganu Ahmad Afif Amran kekal di tangga kedua keseluruhan dengan 71 mata manakala Mohd Akid Aziz naik ke tangga ketiga keseluruhan dengan 70 mata.

 

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *