Category: WIRA
-

BAKAT BAHARU WARNAI WIRA KBS
Kehadiran ramai muka baharu bakal mengisi grid perlumbaan Wira KBS musim ini dan kebanyakan daripada mereka adalah bakat baru yang dicungkil dari program perlumbaan satu pengeluar yang disokong pihak Honda dan Yamaha. Program tersebut berjaya menyediakan bakat muda ini untuk bersaing dalam kelas yang lebih mencabar seperti Wira KBS. Selain pelumba baharu, kemunculan AS25 Academy…
-

AQIL DANIAL JUARA WIRA KBS
Buat kali ketiga berturut-turut, pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing berjaya menggalas gelaran Juara Wira KBS. Buruan takhta kategori bawah-17 yang berlarutan sehingga ke pusingan penutup tirai itu menyaksikan perbalahan hebat antara pelumba pasukan, Mohd Aqil Danial Nasrul serta Mohd Harith Haziq Zamri dari pasukan Castrol Power1 Honda Team. Pada permulaan perlumbaan terakhir musim 2021, tiga…
-

IRFAN PEMIMPIN BAHARU KATEGORI WIRA KBS
Segalanya berubah dalam buruan takhta Wira KBS di Pusingan 9 apabila pelumba Moto1 Koyoko Honda KC Racing, Mohd Irfan Haykhal Amidi mengambil alih kedudukan pendahulu kejuaraan apabila berjaya merampas kemenangan ketiganya musim ini dengan catatan masa 11’16.411s. Bermula dari barisan pertama, Irfan bertarung hebat dengan Mohd Harith Haziq Zamri dari pasukan Castrol Power1 Honda Team.…
-

PELUMBA HONDA DOMINAN DALAM SESI KELAYAKAN WIRA KBS
Beraksi di atas litar yang licin dan basah, pelumba-pelumba Honda nampaknya mempunyai kelebihan dalam sesi kelayakan Wira KBS. Pelumba Castrol Power1 Honda Team, Mohd Harith Haziq Zamri berjaya mengukir kelebihan awal apabila berjaya mencatat masa terpantas 1’32.480s. Haziq yang masih berpeluang merebut gelaran juara Wira KBS musim ini, amat memerlukan keputusan yang optimum untuk mengatasi…
-

DUO 31 RACING TARUHAN UNTUK CIPTA HATRIK
Duo pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing, Md Aqil Danial Nasrul dan Danial Johan kini dilihat mempunyai kelebihan berbanding pelumba-pelumba lain untuk mendominasi kategori Wira KBS buat kali ketiga berturut-turut. Strategi 4 pelumba yang digunakan pasukan kendalian oleh bekas Juara Cub Prix 2004, K. Sivanesan dilihat merupakan satu kelebihan. Selain itu, prestasi jentera dan rekod…
