Podium Wira KBS pusingan pembukaan menjadi milik pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing melalui Md Syamil Amysar Md Iffende yang memenangi perlumbaan dengan catatan masa 7’13.921 manakala Md Danish Aiman Zamrul dan Md Adam Haikal Jahar masing-masing di tempat kedua dan ketiga dengan catatan masa 7’18.747s dan 7’18.782s.

Syamil yang bermula di petak kelima berjaya menempatkan dirinya di tempat pertama seawal lap pertama dan meneruskan perlumbaannya dengan konsisten hingga ke garisan penamat. Beliau berjaya merekod masa terpantas pada tiga pusingan terakhir perlumbaan pada hari ini sekaligus meneruskan rentak cemerlang sejak semalam apabila mencatat masa terpantas pada sesi kelayakan.
Syamil berkata, “Kejayaan saya adalah hasil tunjuk ajar pasukan saya. Strategi yang dirancang memang terbukti berkesan kerana ia telah memberikan saya peluang untuk memecut ke hadapan di lap pertama dan meneruskan perlumbaan dengan konsisten sampai ke penghujung.”
“Saya berharap dengan kejayaan ini, pasukan saya dapat mengekalkan posisi kami dalam kejuaraan musim ini.”
Pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing pada tahun ini dalam misi mempertahankan gelaran Juara Wira KBS setelah melakukannya selama 3 musim berturut-turut.
Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com
Ikuti kami di Facebook