Category: MCP2024
-
EMOSI LUAR LITAR
Gambar yang penuh emosi… Ahli keluarga tidak mampu menahan air mata, bimbang dengan keadaan pelumba yang beraksi di dalam litar. Saingan sengit dalam detik genting, Md Farish Iqmal Khayrul Elyas, memecut laju ke arah garisan penamat untuk tempat ketiga. Namun, malang sekali, harapannya punah apabila terjatuh di selekoh terakhir. Nafas lega hanya dilepaskan selepas dikhabarkan…
-
AKID, GELARAN JUARA SEMAKIN HAMPIR
Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix yang berlangsung di Dataran Seri Jempol, Negeri Sembilan berakhir pada petang tadi. Saingan perlumbaan CP150 menyaksikan pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing, Md Akid Aziz mengesahkan kemenangan bagi Pusingan 8 musim ini. Di sesi “Super-Pole” pagi tadi, pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing, Md Akid Aziz mencatatkan…
-
SYAMIL KEKAL DOMINASI KEDUDUKAN KESELURUHAN
Sementara itu, di kategori CP125, pelumba PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING, Md Syamil Amsyar Md Iffende meraikan kemenangan kedua dalam perlumbaan pusingan 8 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix yang berlangsung di Dataran Seri Jempol, Negeri Sembilan. Sesi “Shoot Out” yang berlangsung pada waktu pagi tadi telah menempatkan Md Izam Ikmal Izamli dari PETRONAS…
-
ADIB: HADIAH HARI JADI BUAT BAPA
Sementara itu, perlumbaan kategori Wira KBS yang cukup sengit menyaksikan pelumba YAMAHA ESTREMO 27 RACING, Md Adib Arsyad Md Hisam memenangi perlumbaan di Dataran Seri Jempol, Negeri Sembilan pada pusingan 8 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix. Kemenangan itu sekaligus merawat duka kegagalan mengadirkan kemenangan di tempat kelahiran Adib di Litar Lumba Tangkak pada pusingan…
-
AKID BERMULA LANGKAH KANAN DI JEMPOL
Pusingan 8 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix yang berlangsung di Dataran Seri Jempol, Negeri Sembilan hari ini menyaksikan pelumba PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING, Md Akid Aziz bermula dengan langkak kanan apabila mencatatkan masa terpantas di sesi kelayakan kategori CP150. Pada sesi latihan 2, Akid mengetuai dengan catatan masa terpantas 44:359s. Rakan sepasukannya,…