Category: CP125
-

SYAFIQ ROSLI TERPANTAS SESI KELAYAKAN
Md Syafiq Rosli dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor mencatatkan masa terpantas bagi kategori CP125 di pusingan keempat, Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix yang berlangsung di Litar Permotoran Terengganu. Pencapaian Syafiq sememangnya mantap di litar ini. Beliau telah memperolehi tempat kedua bagi pusingan kelima dan tempat keempat bagi pusingan keenam pada musim lalu. Secara…
-

NORHAKIM SEDIA UNTUK LITAR KEGEMARAN
Md Norhakim Md Norhafizullah dari pasukan ONEXOX Racing mengambil tempat di podium buat pertama kali semenjak berlumba di kategori CP125. Pelumba yang berasal dari Kelantan ini telah menampilkan prestasi yang lebih baik berbanding dengan prestasinya di pusingan pertama dan kedua. Tahun ini merupakan tahun kedua bagi Norhakim beraksi di kategori CP125. Sebelum ini, Norhakim giat…
-

HAFIZA SUKAR DIGUGAT
Md Hafiza Rofa mencipta hatrik dengan satu lagi kemenangan untuk pasukan ONEXOX TKKR Racing di pusingan ketiga Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix bagi kategori CP125 sekaligus membuktikan penguasaannya sukar digugat. Hafiza telah memperagakan kemahiran dan strategi yang mantap dalam perlumbaannya di litar seperti perlumbaan-perlumbaannya di pusingan pertama dan kedua dan berjaya menjayakan pelannya untuk mengambil…
-

IRFAN BUAT KEJUTAN
Md Irfan Haykhal Amidi dari pasukan Honda KC Racing telah menamatkan persaingan sesi kelayakkan pusingan ketiga bagi kategori CP125 dengan catatan masa terpantas. Ia adalah suatu pencapaian yang hebat bagi Irfan berbanding dengan perlumbaannya di pusingan pertama dan kedua di mana beliau tidak dapat menamatkan perlumbaannya. Walaupun beliau telah menampilkan kebolehannya di litar Tangkak semasa…
-

ALIFF DANIAL SERTAI VR46 MASTER CAMP
Md Aliff Danial Muhammad Asri telah terpilih untuk menyertai Yamaha VR46 Master Camp di Tavullia, Itali dari 7 hingga 11 Jun 2022. Beliau bersama empat lagi pelumba lain dari seluruh Asia akan menjalani pelbagai latihan di akedemi milik Valentino Rossi itu. Aliff Danial akan terlepas aksi perlumbaan CP125 Pusingan 3 pada hujung minggu ini dan…
