Md Shafiq Rasol dari pasukan ONEXOX TKKR Racing Team mencatatkan masa terpantas bagi sesi kelayakkan, pusingan keenam Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang Utara bagi kategori CP125.
Prestasi Shafiq tampak hebat pada musim ini, lebih-lebih lagi dengan kemenangannya di tangga teratas pada pusingan lepas. Walaupun beliau tidak dapat menamatkan perlumbaannya pada pusingan ketiga, beliau telah mengukuhkan kedudukannya di tangga kedua secara keseluruhan buat masa ini.
Pada sesi kelayakkan pula, Shafiq mencatatkan masa terpantas 1’21:638s.
Menurut Shafiq, “Saya berjaya mendapat masa terpantas di sesi kelayakkan tadi kerana keadaan jentera saya dalam keadaan yang bagus. Untuk sesi “Shoot-Out” esok, saya akan buat yang terbaik. Strategi saya adalah untuk berada di kelompok hadapan sepanjang perlumbaan nanti.”
Tempat kedua terpantas dicatatkan oleh Md Firdaus Md Hamdan dengan catatan masa 1’21:851s.
Pada tempat ketiga terpantas, Md Syafiq Rosli mengambil tempat dengan catatan masa 1’21:857s.
Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com
Ikuti kami di Facebook