fbpx

SHAFIQ TERUSKAN MOMENTUM KEMENANGAN


Md Shafiq Rasol dari pasukan ONEXOX TKKR Racing Team mengulangi kecemerlangan setelah sekali lagi memenangi perlumbaan akhir di pusingan keenam, Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix bagi kategori
CP125.

Pada perlumbaan tadi, Shafiq yang telah mengambil petak kesepuluh di grid telah memaparkan suatu persembahan yang mantap apabila berjaya menempatkan dirinya di kelompok hadapan pada awal perlumbaan. Walaupun kedudukan beliau tergugat di pertengahan perlumbaan, Shafiq tidak berputus asa.

Pada lap keenam, Shafiq mampu mengambil peluang menguasai kedudukan P1. Apabila perlumbaan bertambah sengit terutamanya selepas selekoh terakhir, Shafiq kekal tekad untuk mengambil masa terpantas. Dengan tiga lagi pelumba yang hebat mengejar kedudukan pertama, Shafiq tidak mengalah lalu berjaya di tempat pertama.

Menurut beliau, “Keadaan tayar pada hari ini bagus. Saya bermula di petak kesepuluh tetapi saya mampu mengambil tempat di kelompok hadapan. Sepanjang perlumbaan, saya hanya cuba mengawal kelajuan dan mempertahankan kedudukan saya.”

Shafiq menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 11’22.595s.
Tempat kedua milik Abdullah Qayyum Abd Razak dari pasukan ONEXOX Racing Team dengan catatan masa 11’22:636s.

Di tempat ketiga, Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff dari pasukan PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING mencatatkan masa 11:22.678

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

, , ,