Md Adib Rosley dari pasukan YYPang Yamaha Racing akan kembali ke litar Tangkak bagi pusingan kedua Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix untuk menyahut cabaran dan mengukuhkan kedudukannya bagi category CP125.
Pusingan pertama ternyata mencabar bagi Adib yang memegang gelaran juara bertahan bagi tahun 2021 apabila beliau menamatkan perlumbaannya di tangga kesebelas.
Menurut beliau, “Saya menghadapi masalah teknikal dengan jentera saya pada pusingan pertama. Ia amat mengecewakan kerana saya hanya mampu menamatkan perlumbaan saya di tempat kesebelas.”
“Perlumbaan pusingan kedua sudah pasti sengit kerana Litar Tangkak agak mencabar. Namu begitu, saya telah mengemaskinikan strategi untuk meningkatkan prestasi saya bagi pusingan kedua nanti.”
Menurut Gary Pang, penyeleras bagi pasukan YY Pang Yamaha Racing, “Cabaran utama kami di litar Tangkak adalah struktur litar tersebut yang memerlukan kemahiran teknikal dan stamina yang lebih baik untuk menguasainya.”
Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com
Ikuti kami di Facebook