Author: webadmin webadmin
-

PELUANG CERAH BUAT SHAHZUL NAIM
Shahzul Naim Razali dilihat mempunyai peluang cerah untuk menggodol gelaran Juara Keseluruhan PETRONAS Sprinta Pro-Am Cup musim 2021 walaupun secara teorinya saingan masih terbuka buat tiga lagi pencabar dengan perlumbaan masih berbaki dua pusingan. Shahzul berjaya merampas takhta pendahulu daripada Amirul Affiq setelah mengungguli perlumbaan Pusingan 7 dan terus melebarkan jarak apabila melakar kemenangan kelima…
-

PEREBUTAN TAKHTA YPSS MASIH TERBUKA
Berbaki hanya dua pusingan, saingan perebutan takhta kejuaraan Yamaha PETRONAS Super Series (YPSS) masih terbuka. Enam pelumba masih mempunyai peluang untuk berentap merebut gelaran juara musim ini. Lima daripada mereka ini telah memenangi tujuh daripada lapan perlumbaan yang telah dilangsungkan musim ini dan sesiapa sahaja mampu mencipta kejutan nanti. Md Faiz Khairul Azmi yang melakar…
-

ALIF IMRAN DIPISAHKAN 17 MATA DARI TROFI KEJUARAAN
Hanya 17 mata sahaja lagi memisahkan Alif Imran Ahmad Husni dari memiliki trofi kejuaraan Honda Dash 125 Challenge. Beliau pastinya ingin bangkit dari kekecewaan di Litar Lumba Tangkak yang menyebabkan hasrat pelumba kelahiran Johor itu dinobatkan juara lebih awal tertangguh. Berbekalkan rekod cemerlang 6 podium berturut-turut serta 5 kemenangan sejak awal musim, ramai menyangka Alif…
-

ADIB DAN ZUHAILNABIL CALON JUARA NVX
Md Adib Hakim Nazri dan Md Zuhailnabil Muhamad Zamree kini merupakan calon paling hampir untuk dinobatkan sebagai Juara AEON Credit Service Yamaha NVX Challenge musim 2021. Persaingan antara mereka pastinya dijangka sengit pada dua pusingan terakhir musim ini. Pendahulu semasa, Adib Hakim mula mengatur langkah mengejar gelaran juara setelah mempamerkan aksi cemerlang di Litar Lumba…
-

LITAR TANGKAK MILIK AFIF AMRAN
Litar Tangkak sepanjang 1.025km menjadi milik Ahmad Afif Amran minggu ini apabila pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing tersebut berjaya merakam kemenangan berganda dalam kategori CP150 Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix Championship. Sehari selepas kemenangan pertamanya musim ini dalam persaingan Pusingan 7, Afif meneruskan persembahan yang menakjubkan apabila berjaya merakam kemenangan kedua musim ini. Perlumbaan bermula…
