fbpx

ADIB PILIH STRATEGI KONSERVATIF

Mohd Adib Rosley hanya perlu menamatkan dua perlumbaan terakhir di kalangan 10 pelumba teratas untuk dinobat Juara CP125

Dalam kategori CP125, pendahulu kejuaraan Mohd Adib Rosley memilih strategi yang lebih konservatif. Adib hanya perlu menamatkan dua perlumbaan terakhir di kalangan 10 pelumba teratas untuk mengesahkan kedudukannya sebagai Juara CP125 musim 2021. Menampakkan keadaan hujan lebat dalam sesi kelayakan CP125, Adib memilih untuk menggunakan strategi yang selamat dan menamatkan sesi kelayakan di tempat ke-lapan dengan catatan masa 1’31.951s.

Masa terpantas CP125 dicatat oleh Mohd Harith Farhan Baharin dari Tuneboss Pink Racing dengan 1’30.715s. Mohd Faiz Zekri Sabri yang mewakili pasukan Onexox Racing Team mencatat masa kedua terpantas dengan 1’31.032s.

Pesaing terdekat untuk meragut takhta CP125 musim 2021, Mohd Hafiza Rofa dari pasukan ONEXOX TKKR Racing Team berjaya mengekalkan prestasinya di litar Sepang Selatan apabila mencatat masa ketiga terpantas 1’31.290s.

Momentum kemenangan lebih berpihak kepada Hafiza. Pelumba Yamaha tersebut berjaya merakam kemenangan berganda pada Pusingan 7 dan Pusingan 8 di Litar Tangkak bulan lalu.

 

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook