Segalanya berubah dalam buruan takhta Wira KBS di Pusingan 9 apabila pelumba Moto1 Koyoko Honda KC Racing, Mohd Irfan Haykhal Amidi mengambil alih kedudukan pendahulu kejuaraan apabila berjaya merampas kemenangan ketiganya musim ini dengan catatan masa 11’16.411s.
Bermula dari barisan pertama, Irfan bertarung hebat dengan Mohd Harith Haziq Zamri dari pasukan Castrol Power1 Honda Team. Namun, keyakinan yang ditunjukkan oleh Irfan di atas litar yang basah dan licin membolehkan pelumba KC Racing itu mula menjauhkan diri dari kelompok kedua. Apabila bendera kemenangan dikibar pada lap ke-7, Irfan telah mencipta jarak sebanyak 1.356s dengan pelumba di tempat kedua, iaitu Mohd Syamil Amsyar Mohd Iffende. Mohd Harith Haziq Zamri menamatkan perlumbaan di tempat ke-3 dengan 11’17.836s
Kemenangan ketiga berturut-turut ini meletakkan Irfan di tangga teratas kejuaraan Wira KBS dengan 125 mata. Mohd Aqil Danial Nasrul yang telah memimpin buruan juara Wira KBS sepanjang musim ini, jatuh ke tangga ke-2 dengan 123 mata apabila hanya berjaya menamatkan perlumbaan Pusingan 9 di tempat ke-6.
Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com
Ikuti kami di Facebook