Kategori Wira yang diperkenalkan pada tahun 2002 , dan dengan jalinan kerjasama bersama Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 2017, kategori tersebut mula digelar kategori WIRA KBS. Perlumbaan kategori Wira KBS ini dikhususkan kepada pelumba berusia 13 hingga 17 tahun dimana kebanyakan pelumba yang tamat beraksi dalam kelas satu pengeluar akan beralih pula ke kelas ini.
Nyata jelas platform ini menjadi medan untuk melahirkan pelumba negara yang mampu bersaing di pentas antarabangsa. Ia juga boleh disifatkan sebagai lubuk emas di mana ‘emas’ itu adalah bakat-bakat muda yang boleh melebarkan sayap ke peringkat lebih tinggi sehingga ke persada antarabangsa.
Platform ini selalu menjadi perhatian pelumba muda yang mempunyai minat yang mendalam untuk memulakan karier mereka dalam industri sukan permotoran dua roda. Selari dengan objektif Kejuaraan Malaysian Cub Prix, medan ini pernah memekarkan pelumba-pelumba seperti Hafizh Syahrin, Khairul Idham Pawi, Syarifuddin Azman dan ramai lagi mula menyinar dan mereka melakar nama sehingga hari ini.
Musim 2023 yang cukup istimewa sempena edisi ke-30 turut menyaksikan sembilan pusingan yang cukup dramatik dan berbaki lagi satu pusingan, juara keseluruhan akan dikenalpasti minggu ini. Saingan sengit antara dua pelumba, Amirun Haziq Johan dari PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing dan pelumba Bad Lab Honda KC Racing Md Farish Iqmal Khayrul Elyas bakal menyajikan aksi yang cukup menarik kepada peminat sukan permotoran tanah air.
Masing-masing dengan sebab yang kukuh bakal merebut takhta kejuaraan!
Amirun yang membuka tirai musim ini dengan langkah kanan mempunyai misi tersendiri dari awal musim. Pelumba kelahiran ibu kota itu yang melakukan debut pada musim lepas tidak mahu terlepas peluang keemas an pada tahun keduannya dari digelar selaku juara keseluruhan.
“Tahun pertama di kategori Wira KBS, saya masih lagi belajar menyesuaikan diri dengan pengendalian jentera, menimba pengalaman, dan kini tahun kedua, saya mengaplikasikan apa yang saya belajar. Saya rasa setakat ini saya telah aplikasi apa yang saya belajar hampir dua tahun ini dalam MCP. Tetapi saya sentiasa cuba menambahkan ilmu dan baiki kelemahan saya dari masa ke semasa supaya saya dapat mencabar pelumba-pelumba lain.
“Ada kelas yang dah tahu siapa juaranya dan ada kelas yang akan diketahui minggu ini. Tekanan itu memang ada sebab jurang mata antara saya dengan Farish tidaklah banyak. Jadi, mesti dia juga akan cuba sebai mungkin untuk mendapatkan sebab ia adalah gelaran sulung bagi berdua jika menang.
Ditanya mengenai strategi yang bakal diaplikasikan, member enggak mahu komen!!!
“ Strategi itu perancangan masing-masing. Kalau dah bagitahu bukan strategi dah tu. Ha ha ha. Strategi bagi setiap pusingan adalah berbeza sebab kita beraksi di litar yang berbeza bagi setiap pusingan. Cuma kita mempunyai data dan pengalaman. Bukan itu Sahaja sembilan pusingan yang sudah lepas, dari situ juga banyak kita belajar, mengenali cara pelumba lain berlumba jadi saya boleh ‘apply’ strategi yang sewajarnya untuk mengakhiri saingan di podium.
“Saya akan cuba sehabis baik. Insyallah, rezeki itu tidak akan salah alamat jika sudah ditentukan.”
Sementara, Farish pula yang bakal dinaikkan ‘pangkat’ musim depan ke kelas CP125 ingin mahu mengakhiri musim ini dengan bergaya.
“Apa yang saya rancang pada awal musim saya berjaya aplikasi sepanjang sembilan pusingan. Dari strategi, data dan cara pengendalian jentera, kesemuanya lebih bagus berbanding sebelum ini. Pada masa yang sama, saya juga meningkat secara berperingkat pada setiap pusingan. Buat masa ini, target utama saya adalah untuk meraih gelaran.
“Sehingga pusingan lepas saya tidak mahu letak tekanan atas diri saya dengan agar saya boleh focus satu pusingan demi satu. Jadi, kini sudah berada di pusingan penentuan hanya satu sahaja sasaran, iaitu GELARAN! Tekanan memang ada sebab jurang mata antara saya dengan Amirun hanya 9 mata tetapi ia tidak mustahil. Saya akan cuba yang terbaik.
“ Memandangkan ini adalah musim terakhir bagi saya di WIRA KBS, Insyallah kemenangan itu menjadi milik saya. ‘I manifest’ Saya juga doakan semua pelumba akan mengakhiri musim yang cukup istimewa ini dengan selamat dan happy.”
Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com
Ikuti kami di Facebook