fbpx

PRO-AM CUP : PERTEMBUNGAN ANTARA PEMINAT DAN IDOLA. SIAPA BAKAL JULANG GELARAN ‘CHAMPION’?


Jika anda masih ingat lagi, sebelum ini ‘admin’ memperkenalkan salah seorang pelumba kelas PETRONAS Sprinta Pro-Am Cup yang kini bersaing pada Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix edisi ke-30, Ahmad Syamil Ikmal, bagaimana cetusnya minat terhadap sukan permotoran dua roda. Jalan cerita menuju ke platform sukan permotoran dua roda pelumba berusia 19 tahun itu yang agak menarik, kita sedikit imbas kembali.

Mula berkecimpung dalam dunia sukan permotoran sejak umur 10 tahun, Syamil pada awalnya menjadi menjejaki litar selaku penyokong setia kepada abang saudaranya iaitu Arash Firdaus yang kini beraksi bersama dalam saingan Pro-Am. Hanya datang untuk menyokong Arash, lama-kelamaan Syamil akur turut terjatuh cinta dengan deruman dua roda dan juga kelajuan jentera.

Kini pertembungan antara dua adik beradik saudara pada saingan Final MCP minggu ini bakal menentukan siapa yang akan menjulang trofi kejuaraan musim yang sudahpun mencapai 3 dekad dalam industry sukan permotoran di peringkat kebangsaan.

Adakah ia satu pertembungan antara dua beradik atau dua pelumba yang mengejar Impian masing-masing?

“Kami hanya bersaing ketika berada di atas litar dengan jentera masing-masing, tetapi ‘off the circuit’ Arash banyak membantu saya dari segi ‘tips and tricks’” katanya Syamil.

“Apa yang saya boleh katakana, saya cuba bersaing dengan sihat. Arash sudah tentunya pencabar utama saya tetapi sebelum itu dia adalah sifu saya. Dialah inspirasinya dan dialah menjadi pencetus minat terhadap sukan permotoran ini. Dia tidak pernah kedekut ilmu. Sentiasa berkongsi tips dan mendorong di luar litar. Arash memiliki kelebihan dia sendiri ketika beraksi. Dia ada auranya tersendiri.

“Saya tidak pernah tercabar dengan kebolehannya tetapi saya sentiasa kagum dengannya. Banyak saya belajar daripada Arash. Jadi, ia adalah satu saingan yang sihat. Begitu juga bagi pusingan akhir ini. Jika rezeki itu pada Arash, ia akan jadi milik Arash, jika ia adalah milik saya, saya bersyukur. Tak kisah ia bakal menjadi milik siapa saya akan gembira untuk kami berdua.

“Apa pun sebagai seorang pelumba yang mempunyai azam tersendiri saya akan cuba yang terbaik. Ini juga adalah satu peluang bagi saya untuk menarik perhatian pasukan industry untuk musim depan. Setakat sembilan pusingan banyak telah saya ‘improve’. Banyak saya belajar dari pasukan dan pelumba-pelumba lain. Jadi saya akan berikan komitmen serratus peritus untuk mengutip mata semaksimum mungkin.”

Sementara, abangnya kini mendahului carta kelas Pro-AM Cup bangga dengan perkembangan yang ditampilkan adiknya di litar.

“Syamil seorang yang sangat berdedikasi dan keinginan untuk belajar pelajar baharu pada dia juga sangat tinggi. Dia juga memiliki bakat tersendiri untuk menyerlah dalam sukan permotoran. Pada masa yang sama, saya juga bangga dengan diri sendiri saya dapat membuktikan dan juga mempengaruhi adik saya secara positif bahawa sukan permotoran ini ada hala tujunya.

“Saya pun tidak sangka satu hari nanti kami akan bersaing bersama dan kini sudah tiba waktunya. Pusingan terakhir akan menentu kejuaraan itu milik siapa. Kami hanya bermusuh Ketika berada di litar mempamerkan kemampuan masing-masing. Sebab setiap pelumba memiliki sasaran masing-masing, jadi, bagi kami tiada masalah. Semuanya ketentuan Allah. Insyallah kami akan menamatkan saingan pusingan akhir ini dengan selamat dan dengan kegembiraan.”

Jurang antara dua pelumba tersebut hanyalah 15 mata. Maing-masing pernah menjejaki podium sebanyak empat kali sepanjang musim ini sehingga pusingan lalu. Litar Batu Kawan akan menentu pemegang gelaran juara bertahan bagi musim hadapan.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook